Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
MUHAMMAD AIZAT BIN IBRAHIM
Assalamualaikum nak mintak jasa tolong doakan kami sekeluarga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan doakan kan kami supaya rezeki kami tidak pernah putus dan doakan arwah mak saya yang telah kembali ke rahmatullah bernama azizah binti majid terima kasih ye🤍
0 orang mengaminkan doa ini
NORSALAWATI KARMAN
Ya Allah tolong sembuhkan penyakit ankku Ammar Hadi bin A Halim.pulihkanlah dia,jadikan dia sihat walafiat dan kuat dan aktif serta ceria selamanya..jauhilah dia dr segala penyakit.tolong ya Allah.sembuhkanlah segala penyakitnya dan dia x sakit selamanya..amiinn🤲
0 orang mengaminkan doa ini
NORLIZA HJ. AHMAD FADHALI
Ya Allah semoga kami sekeluarga sentiasa dlm rahmatMu Dan perlindunganMu.. Semoga Anak2ku Nur Diyanna Najwa, Muhammad Daniel Mirza, Nur Damia iiman sentiasa menghormati kedua ibubapa dan berjaya Dunia dan Akhirat. Murahkan rezeki kami sekeluarga...Aamin Ya Rabb 🤲🏻
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Dipermudahkan segala urusan duniawi Dan akhirat. Di ampunkan segala dosa kedua ibu bapa adik beradik dan semua umat islam. Di limpahi rezeki yg tak terduga dr pelbagai arah. Di beri petunjuk dan hidayah kejalan yg benar. Di lindungi dr segala perkara nyata dan ghaib..
0 orang mengaminkan doa ini