Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Semoga saya sekeluarga, anak2 priyatim KKHY dan slruh kaum Muslimin dan Muslimah sentiasa dimurahkan rezeki, sihat walafiat, anak2 sentiasa mghormati dan dengar nasihat dan peliharalah kami kejalanMu Ya Allah, bersihkan hati kami, temukan kami mlm lailatuqada dan semoga kami sklga dapat menunaikan umrah/HAJI sekiranya ada rezeki.. Aamiin..
1 orang mengaminkan doa ini