Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Doa ini bukan untuk saya tapi untuk orang yang saya kasih dan sayang - Bismillah, semoga dipermurahkan segala untuk "kamu" rezeki ibarat air susu yang terus mengalir ditaman syurga. Dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga di akhirat. Dikelilingi dengan orang-orang yang baik. Dapat melunaskan segala jenis hutang dengan mudah. Diberkati dan dirahmati semasa hidup dan di akhirat. Amin
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga kempen ini membawa berkat dan manfaat kepada semua.Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diredhai Allah SWT. Semoga amalan ini dapat membantu kita di akhirat kelak. Semoga kita dapat menjadi penghuni syurga aamiin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini