Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
QASEH NUR QISTINA
Ya Allah. Permudahkanlah urusan Qaseh Nur Qistina untuk menyambung pengajiannya di universiti. Kau permudahkanlah segala urusan beliau untuk belajar di Universiti Malaya atau mana-mana universiti yang terbaik untuk beliau. Bahagiakanlah keluarganya. Cukupkan rezeki keluarganya. Limpah ruahkanlah rezeki kedua ibu bapanya bagai lautan tak bertepi, bagai sungai mengalir & tak disangka2.
0 orang mengaminkan doa ini