Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
SAMINAH BINTI SAIDI
salam jumaat💚💚💚 Semoga sy & family selalu dalam Lindungan dan Rahmat Kasih Sayang الله swt,dipermudahkn segala urusan dunia & akhirat,serta diberikn nikmat rezeki yg berkah seperti air zam2 yg bertebaran di seluruh dunia.. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن يا مجيب يا الله 🤲🏻 جَزَى اللهُ عَنَّا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّ
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
semoga dengan sedekah ini ,dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga, di murahkan lagi tezeki kami dan di berikan kesembuhan penyakit sepenuhnya untuk anak2,suami,saya,ibu dan adik beradik saya..dan sihat2 senantiasa hendaknya..aamiin.🤲🤲
0 orang mengaminkan doa ini