Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
MUZAFFAR MUHAMMAD
Ya Allah dengan berkat' pahala sedekah ini, kumpulkan kami sekeluarga ke dalam syurmaMu ya Allah 🤲🏻 Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fuanhum.. Buat Mama, Abah, Atok, Puan, Pakngah3, Paklang, Maklang, Pak Itam, Mak Uda, Abg Ayie, Tok, AbgLan, Ayah Paq, Ayah Pallong, Ayah Faizal, Ayah Long Hanis, Ayah Ujang, En Mawie, En Yus, Cip Wan, Leading Faizul, Spek, Alus, Abg Sharif, Bukhari..
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Doakan semoga saya dikurniakan & Dilimpahi pelbagai nikmat rezeki, Dikurniakan nikmat kesihatan, Dipanjangkan umur, Dikurniakan zuriat soleh dan solehah, Maju dalam perniagaan, Dipermudahkan Urusan jodoh Semoga pulih & dijauhkan dari gangguan sihir
0 orang mengaminkan doa ini