Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Assalamualaikum,
Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera adalah sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin, dibawah naungan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.
Rumah ini menempatkan seramai 30 orang anak-anak yatim miskin yang terdiri daripada 16 lelaki dan 14 perempuan.
Segala pengurusan, pentadbiran dan pembelanjaan anak-anak yatim dan miskin ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa Pertubuhan.
Pihak Pengurusan amat berharap agar penderma-penderma budiman dapat menghulurkan derma melalui derma ikhlas berbentuk wang ringgit, makan atau apa jua sumbangan yang dapat memberi manafaat kepada anak-anak yatim dan miskin di sini.
Semoga Allah memberi rahmat & melimpahkan rezeki yang berpanjangan kepada para dermawan sekalian.
Wassalam.
Hamba Allah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.” “Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, ampunkanlah dosa² kami. Masukkanlah kami ke dalam syurgamu.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampunkan dosa2 ku & keluargaku, kurniakanlah kami kesihatan, umur yang berkah untuk beribadah kepada Allah & murahkan rezeki kami..Sembuhkanlah aku dari penyakit injap jantung sempit ini Ya Allah Ya Mujib..Aamin Ya Rabbal A'alamin
0 orang mengaminkan doa ini