Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
SITI SABARIAH IBRAHIM
Moga dupermudahkan urusan kempan ini sampai bila2,moga kita smua diberikan rezeki yang meloah ruah agar dapat membantu insan2 yang memerlukan..doakan juga untuk saya serta sesiap saja ya g belum memiliki zuriat agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..moga kita semua dijauhkan dari azab api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga tertinggi tanpa hisab..aamiin..
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga anak2 dan seluruh warga titian kaseh dilindungi Allah swt dan berjaya dunia akhirat. Semoga seluruh penjaga, penaja diberkati dan di permudahkan urusan. Semoga berkah di hari jumaat, diberikan kebaikan utk sy keluarga, direzekikan zuriat yg solehah
0 orang mengaminkan doa ini