Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
UMI YUSOF
Ya Allah, terima kasih ats rezeki yg x putus2 Kau kurniakan rezeki & rahmat buat kami sekeluarga, Kau sentiasa memudahkan urusan kami, Kau sentiasa peliharakan kesihatan dan keselamatan kami. Ampunkan dosaku dan dosa ke2 mak ayah ku, kasihanilah mereka spt mana mereka memelihara ku dr kecil, jauhkan mereka dr siksa kubur & azab api neraka. Tempatkan mereka di syurga Firdaus tanpa hisab.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Mohon doakan kami sekeluarga, saya Nur Khadijah Alia binti Nurul Anis Diana, uwan Noraziah binti Hamidah, atok Roslee bin Che Bashah, abi Muhamad Syarib bin Midah, mommy Nurul Anis Diana binti Ku Faezah, murah rezeki, panjang umur, terhindar dari perkara yang menyesatkan dalam hidup serta hidup bersatu hati dalam kasih sayang sebagaimana bersatunya hati Rasulullah dan keluarga serta para sahabat.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Saya minta doa supaya bapa mertua saya sembuh dari stroke Dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.Saya berharap ibubapa Dan ibu mertua saya Dan semua ahli keluarga saya sentiasa sihat Dan dijauhi Dari wabak serta dimurahkan rezeki selalu Dan dipanjangkn Umur..
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini