Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
ZAINABON BT IBRAHIM
Saya memberi sumbangan atas nama anak saya yang sudah kembali kepadaNya iaitu muhammad haiqal hazim b. mustaqim. Semoga pahalanya berterusan sampai pada arwah. Saya juga mendoakan supaya sumbangan ini dapat membantu penghuni rumah perlindungan ini.. aaminnn
Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini
ZAINABON BT IBRAHIM
Saya memberi sumbangan atas nama anak saya yang sudah kembali kepadaNya iaitu muhammad haiqal hazim b. mustaqim. Semoga pahalanya berterusan sampai pada arwah. Saya juga mendoakan supaya sumbangan ini dapat membantu penghuni rumah perlindungan ini.. aaminnn
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
doakan suami saya mohd shaharizan bin mohamed zain sembuh dari penyakit buah pinggang.dan doakan kami semoga semua urusan kami mudah.terima kasih.maaf saya hanya mampu ini saja buat masa ini.insyaAllah ada lebih saya akan sertakan lebih😭
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini