Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Semoga dipermudahkan urusan membina rumah perlindungan untuk anak2 membesar menjadi anak2 kenal agama, memberi manfaat kepada ummat manusia, selamat dunia akhirat, ditetapkan iman dengan tujuan hidup kerana Allah dan mengharap pengakhiran hidup tetap dalam redha dan mendapat keampunan daripada Allah.
Anda mengaminkan doa ini