Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
HAMBA ALLAH
Ya Allah sekira nya ada sebarang pahala nya dari sumbangan yg tidak seberapa ini ya Allah..sampai kan lah pahala tu kpd arwah suami ku arwah kedua2 ibubapa, ibubapa mertua ku, arwah datuk / nenek serta mak cik ku..serta kaum leluarga shbt handainku dimna shj mereka berada..In Shaa Allah Aamiin3 YRA 🤲
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
HAMBA YG SEDANG DIUJI
Ya Allah... seandainya ada pahala di dalam sedekah ikhlas hambaMu ini.. hamba mohon Ya Allah.. gugurkanlah kafarah dan kesulitan yg sedang hamba lalui ini. Mohon doa dr semua yang membaca jugak.. doakan semoga kesulitan sy diangkat oleh Allah s.w.t secepatnya
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
ya Allah sekiranya ada pahala dalam sedekah ini aku mohon kau gugurkan la kafarah keatas arwah bapa ku dan bapa mertuaku serta seluruh ahli keluarga yg telah meniggal dunia. kumpulkan kami sekeluarga dalam syurganfirdausmu tanpa di hisap tanpa diazab. jadikan anak2ku anak yg soleh solehah lancarkan lidah mereka membaca alquran jadikan merekanpenghafaz alquran terimala uabadah kami ya Rabbalalamin
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini