PERTUBUHAN KEBAJIKAN PONDOK RUMI SUFI JAWI

Aktif sejak May 24, 2022

Tentang Penganjur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala pujian

bagi Allah SWT. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar yang dikasihi juga

Qudwah Teragung Rasulullah SAW, juga ahli keluarga serta para Sahabat

Baginda SAW seluruhnya.




Menyedari hakikat pentingnya akhlak dan ilmu agama kepada seluruh umat Islam dan bahayanya keadaan masyarakat dewasa ini, dengan serangan pemikiran dalam bentuk kebendaan dan banyaknya hiburan

yang datang berupa media cetak mahu pun media elektronik dengan pelbagai

label dan nama, mengakibatkan sebahagian besar dari umat Islam dikongkong

dengan matlamat itu sehingga melupakan kehidupan akhirat dan mengabaikan

penghayatan alQuran dan ilmu Agama, sedangkan ia adalah panduan hidup

yang telah disediakan oleh Allah SWT melalui lidah Rasulullah SAW.


Selain itu, dengan kebimbangan besar melihat akhlak dan perilaku masyarakat hari ini yang semakin menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Hasil dari pemerhatian keadaan ini dan pelbagai halangan yang dihadapi oleh Islam, lebihlebih lagi dalam membentuk masyarakat yang berpegang teguh dengan tali Allah SWT, maka kami dengan izin Nya melalui hidayah, inayah dan taufiq Nya berusaha menubuhkan sebuah NGO dan sebuah pusat pengajian yang

berperanan sebagai sebuah Institusi Pendidikan Islam yang berusaha memberikan asas serta meningkatkan kefahaman agama dan tunjuk ajar berkenaan ilmu al-Quran dan Sunnah serta menggalakkan dan melatih warga

Maahad Rumi Sufi Jawi dengan beradab dan berakhlak demi melahirkan individu yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah dalam setiap aspek kehidupan didunia dan akhirat sebagai matlamat dan mengamalkan kehidupan

beragama yang taat kepada Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW sebelum mata terpejam buat selama-lamanya.


Kami menyerahkan dan mengharapkan segala pertolongan serta keberkatan

daripada Allah SWT semata-mata demi meneruskan perjuangan para Nabi

utusan Nya ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak yang sudi membantu kami dalam menjayakan pembelian tanah dan

pembinaan Maahad Rumi Sufi Jawi ini, sama ada bantuan berbentuk sokongan,

pandangan, kewangan dan lain-lain. Kami memohon kepada Allah SWT agar

menjadikan segala usaha kami ini ikhlas kerana Nya dan memberi manfaat

kepada Islam dan seluruh umatnya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Pertubuhan Kebajikan Pondok Rumi Sufi Jawi dan Maahad Rumi Sufi Jawi

diasaskan oleh Pencetus Ummah Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Bin Rosli (PU

Faiz) bertujuan untuk menghidupkan kembali pengajian kitab pondok di kawasan

bandar, secara khususnya di Sungai Buloh dan pada masa yang sama untuk

membantu guru-guru beliau dalam menyebarkan ilmu agama dengan cara

talaqqi berkitab.


Maahad Rumi Sufi Jawi ditubuhkan pada awal bulan Ramadhan 1436H / 2015

dengan menyewa rumah kedai berkongsi dengan sebuah pejabat syarikat lain,

kemudian berpindah ke Surau Ad-Dhuha Seksyen 8 Kota Damansara, kemudian

berpindah pula ke sebuah rumah kedai di Seksyen 8 Kota Damansara. Sekarang

Maahad Rumi Sufi Jawi menyewa di sebuah bangunan di Jalan Haji Karim,

Bandar Baru Sungai Buloh. Kerana sambutan yang amat menggalakkan

daripada masyarakat, semakin hari semakin bertambah pelajar di Maahad Rumi

Sufi Jawi ini, maka pihak kami memutuskan untuk membeli tanah sendiri.




Para pelajar Maahad Rumi Sufi Jawi kebanyakannya terdiri daripada kalangan

faqir miskin dan asnaf. Pihak Maahad Rumi Sufi Jawi tidak mengenakan

sebarang bayaran bulanan, hanya bayaran pendaftaran sahaja dikenakan.


Kos operasi Maahad Rumi Sufi Jawi sepenuhnya ditanggung atas hasil sumbangan

oleh orang ramai.


Pengajian di Maahad Rumi Sufi terbuka untuk dewasa dan remaja. Pengajian terbahagi kepada dua kelas iaitu :


 Kelas Nizomi – Hafal matan dan belajar kitab Arab sahaja.

 Kelas Qismul Khas – Belajar kitab Jawi sahaja.


Pertubuhan Kebajikan Pondok Rumi Sufi Jawi didaftarkan secara rasmi di ROS

pada 09 Januari 2020. Maahad Rumi Sufi Jawi yang bernaung di bawah

Pertubuhan Kebajikan Pondok Rumi Sufi Jawi juga berdaftar di bawah Jabatan

Agama Islam Negeri Selangor

PT 78, LORONG 5, KG KUBU GAJAH LUAR, SUNGAI BULOH , 47000, shah alam, Selangor, Malaysia
webeyyy@gmail.com
+601115098938
+601115098938