SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-AMIN CHERAS SELATAN

Aktif sejak Apr 07, 2021

Tentang Penganjur
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan (SRIAACS) merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan di bawah usahasama syarikat Akademi Al-Amin BTR (AAA) dan Pusat Pendidikan Al-Amin Berhad (PPAAB).AAA telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 1067767-D secara rasmi pada Oktober 2013. AAA bertindak khususnya sebagai pemegang amanah Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan yang telah beroperasi sejak 1 Januari 2014. AAA bertanggungjawab dalam melantik ahli Lembaga Pengelola SRIAACS, seterusnya memastikan penyata kewangan disediakan, dan kedudukan kewangan syarikat menurut peruntukan Akta Syarikat 1965. AAA telah melantik Che Zam bin Hamzah dan Ainurul Fallah binti Mohamed dari Vision Management Consultant sebagai setiausaha syarikat.Penubuhan SRIAACS pada tahun 2014 merupakan suatu rancangan di luar jangka. Dalam usaha untuk memperkasakan tarbiah dan pendidikan Islam dalam kalangan anak-anak, SRIAACS telah berjaya ditubuhkan setahun lebih awal dari yang dijangka. Berbekalkan keazaman dan kesepaduan antara ahli bagi mewujudkan sekolah ini, SRIAACS berjaya merintis jejak sekolah-sekolah lain seperti sekolah di bawah PPAAB dan usahasama lain dalam menawarkan kurikulum nasional sekaligus kurikulum ilmu syariah dalam satu sesi persekolahan. Sambutan dan sokongan padu yang diberikan khususnya daripada pihak ibubapa yang begitu prihatin terhadap pendidikan yang menjamin kesejahteraan anak-anak mereka di dunia dan akhirat telah menjadi pemangkin untuk mengembangkan lagi sistem pendidikan bersepadu ini. Penubuhan AAA, beraspirasi dengan semangat yang telahpun dibawa oleh PPAAB, diharapkan dapat membantu memperkasakan Sistem Pendidikan Islam Bersepadu ini ke tahap yang lebih tinggi, kompeten dan professional. Seiring dengan misi melahirkan pelajar soleh wa musleh, cita-cita ini diharapkan dapat menyuburkan kelahiran tunas intelektual Islam yang faqih dan bertaqwa

NO 19, JALAN SUTERA 4, TAMAN SUTERA RESIDENCES, , 43200, CHERAS, Selangor, Malaysia
sriaacs@yahoo.com
+601135862456
0390819441

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki keluargaku didunia Dan diakhirat?

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 tahun yang lepas

Allah s.w.t sentiasa bersama hamba2 nya

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Rabb, berilah peluang utk aku bahagia dalam rumahtangga yg pernah dibina sebelum ini. Kembalikanlah kesejahteraan rumahtangga yg telah musnah ini, dan hanya engkau sahaja yg maha berkuasa.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa-dosa hambamu ini. Jauhkanlah kami dari penyakit hati Ya Allah. Jauhkan lah kami dari neraka jahannam dan jadikanlah kami di antara penghuni syurgamu Ya Allah. Aamiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga Engkau ampuni segala dosaku dan terima segala amalan kebaikan yg aku lakukan. izinkan aku bertemu pada malam Lailatul Qadar dan akhiri hayat ku dengan kalimah Laailahaillallah. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, semoga Engkau ampuni segala dosaku dan terima segala amalan kebaikan yg aku lakukan. izinkan aku bertemu pada malam Lailatul Qadar dan akhiri hayat ku dengan kalimah Laailahaillallah. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: