Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Ummul Qura' memerlukan dana RM600,000.00 bagi membaik pulih bangunan maahad yang kini sudah berusia lebih daripada 25 tahun. Banyak kerosakkan serta pagar dan tembok maahadyang sudah runtuh tidak dapat disiapkan kerana ketiadaan dana.
Untuk itu, kempen ini dibuat bagi mendapatkan dana bagi membaiki dan pembangunan termasuklah :
⢠Membaik pulih tembok yang sudah runtuh
⢠Menyiapkan pagar pada bahagian hadapan dan pintu masuk maahad.
⢠Membina laluan pejalan kaki berbumbung untuk para pelajar khususnya.
⢠Membuang dan membaik pulih bahagian-bahagian yang sudah rapuh (pintu, bingkai tingkap, bumbung bangunan serta lantai).
Kami berharap, para dermawan memahami situasi kami dan bersama-sama membantu maahad untuk membangunkan dan membaik pulih Maahad Tahfiz Ummul Qura' ini. Kami di sini tidak mempunyai bantuan khusus yang diterima untuk kelancaran sistem pentadbiran apatah lagi untuk pembaikan serta pembangunan.
Semoga dengan bantuan yang dermawan berikan tersebut menjadi asbab kita menjadi ahli syurga.
NORASNIDA BINTI NORDIN
Ya Allah ampunkanlah dosa2 ku, dosa ibubapaku dan ahli keluarga ku yang lain. Ya Allah jadikanlah ibuku kekal pulih sepenuhnya dari kanser dan jauhilah diri hambamu ini dan ahli keluarga dari kanser dan penyakit bahaya. Ya Allah permudahkanlah rifqy belajar di kelas aliran agama dan aiman di universiti dan Ya Allah pulihkanlah kaki aiman dan dia boleh berjalan semula dengan segera. Amin
0 orang mengaminkan doa ini
ZUL HAZMI HAMAD
Ya Allah, murahkanlah rezeki dan lipat gandakanlah rezeki para penderma dan keluarga mereka agar dapat terus berkongsi rezeki memberi sumbangan. Sihatkanlah tubuh badan penyumbang dan seisi keluarga, berikanlah kesihatan yang baik serta sembuhkanlah penyakit mereka. Ampunkanlah dosa-dosa para penderma dan keluarga mereka, dan permudahkanlah segala urusan mereka di dunia dan akhirat.
Anda mengaminkan doa ini
RHONA TAHAR
Ya Allah. Di bulan ramadhan yang penuh berakhah ini. Aku sedekahkan pahala Puasa dan sumbanganku ini kepada kedua orang tuaku yang telah meningal. Berkhahi dan rahmatila hidup mereka di alam barzak sana. Dan setiap ayat-ayat al-Quran yang di bacakan oleh anak-anak tahfiz di madrasah ini mohon di alirkan pahalanya kepada mereka juga. Ameen Yaa Rabbil Allamin.
0 orang mengaminkan doa ini