Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Visi kami adalah untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti tinggi sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. YPIA telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif seperti tajaan biasiswa, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia
HAFIZAH BINTI AHMAD
Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu dan ayahku. Kasihanilah mereka seperti mereka menjagaku. Ya Allah tetapkanlah daku dalam iman, matikanlah daku dalam iman, dan masukkanlah daku ke dalam syurgamu. Berkatilah umur yang engkau berikan. Berikanlah kekuatan untukku menghadapi kehidupan yang fana ini. Permudahkanlah segala urusanku. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah, ampunkan dosa kami, terimalah taubat kami. Tentukanlah sebaik baik kesudahan kepada kami. Murahkanlah rezeki kami. Permudahkanlah urusan jodoh kami. Pertemukanlah kami dgn jodoh dan keluarga mertua yg baik. Matikanlah kami dalam kalangan orang beriman dan dalam husnul khatimah
0 orang mengaminkan doa ini