Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Visi kami adalah untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti tinggi sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. YPIA telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif seperti tajaan biasiswa, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia
Hamba Allah
Doakan saya dan keluarga mendapat redha Allah, diampuni segala dosa, dimasukkan ke dalam syurga tanpa azab dan hisab, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat dan dijauhi segala keburukan. Doakan saya juga untuk disembuhkan dari penyakit kencing tak lawas.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah yg maha pengasih,jadikan sumbangan ini mendapat keberkatan kepada keseluruhan keluargaku dan seluruh umat Islam. Jadikan lah ia asbab penghapus dosa dosaku , ibubapaku, suami dan anak anak ku ,kaum keluarga ku juga seluruh umat Islam. Berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada seluruh umat Islam yang menghadapi ujianmu ya Allah.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah!berkatilah kehidupan kami sekeluarga di dunia dan akhirat, sembuhkan segala penyakit dan luka pada kami, kurniakan kami kesihatan yg baik dan rezeki yg halal, pelihara dan lindungi kami didunia dan akhirat dan berilah kejayaan apa jua perkara yg kami lakukan...Aammiinn
0 orang mengaminkan doa ini