Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Yayasan Ta'lim adalah sebuah badan dakwah yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-2/2009) yang menyediakan kelas pengajian berstruktur berdasarkan pendalilan yang sahih daripada Al-Quran dan As-Sunnah menurut kefahaman Salafussoleh.
Yayasan Ta'lim Residence (YTR) adalah lokasi baru pusat pengajian Yayasan Ta'lim yang menyediakan pelbagai fasiliti selain daripada kelas-kelas pengajian termasuk, pembelajaran ibadah secara pratikal menurut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, konsultasi dalam Muamalat, Munakahat, dan Perundangan Islam berkaitan Faraidh, Waqaf, Kaunseling Keluarga, Penjagaan dan Pembahagian Harta antara lain.
Hamba Allah
Semoga infaq ini memberi manfaat untuk penerima dan penyumbang. Moga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat. Moga diberi kesihatan yang baik, dijauhi dari bencana malapetaka, unsur dan aniaya orang yang berniat jahat, diberi kekuatan dalam ujian dan dugaan hidup. Moga arwah zaitun ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amiin Ya Rabb.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
AINAA AMIRA BINTI KHAIRUDDIN
Semoga urusan kalian dipermudahkan dan diberkati Allah s.w.t. Semoga dengan asbab bersedekah ini juga rezeki saya sentiasa mengalir dan tidak putus² agar dapat untuk saya memanfaatkannya kepada ahli keluarga serta orang lain disekeliling saya. Aamiin.
0 orang mengaminkan doa ini
NAZRI BIN MOHD NOOR
Ya Allah, ampunkan dosaku, kedua ibu bapaku, abangku, kakakku, sanak saudara dan kesemua Muslimin dan Muslimat sama ada yg masih hidup mahupun yg telah mati. Kurniakan kami rahmat untuk memasuki syurga firdaus tanpa hisab dan azab. Jadikan kubur kami taman2 syurga. Permudahkan urusan kami di akhirat dan semasa titian sirat kelak. Rahmati kami dgn syafaat Rasulullah. Hindari kami dari api neraka.
Anda mengaminkan doa ini