TABUNG BANTUAN PENYAKIT KUSTA

RM260 / 0.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu saudara kita ini dengan menyumbang seikhlasnya bagi meringankan beban mereka dalam menghidap penyakit kusta.


Anda adalah seorang jutawan budiman andainya suka menderma dan bersedekah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu atau seseorang itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.


PEMAAF mula didatangi oleh beberapa individu yang memohon bantuan dan beberapa bekas pesalah penjara yang menghidapi penyakit kusta menerangkan bahawa mereka merayu bantuan untuk kos rawatan susulan bagi menyembuhkan penyakit ini. Setiap individu berbeza jenis penyakit yang berpunca akibat tidak mendapatkan rawatan awal bagi mencegah hingga boleh menjadi kritikal.



Penyakit kusta atau lebih dikenali sebagai Hansen’s disease atau leprosy merupakan penyakit yang digeruni ramai. Penyakit kusta merupakan disebabkan oleh jangkitan kuman Mycobacterium leprae. Jangkitan kuman ini boleh menyebabkan kesan sampingan serius pada kulit, saraf, mata serta bahagian dalam hidung. Sekiranya penyakit kusta ini dikenal pasti pada tahap awal maka ia lebih mudah disembuhkan. Orang yang menghidap penyakit ini masih mampu bekerja dan menjalani aktiviti seharian seperti biasa.





Penyakit kusta haruslah segera diberi perhatian perubatan, jika tidak dirawat boleh mengundang komplikasi yang berpanjangan pada masa akan datang. 



Bagi yang tidak berkemampuan, mereka terpaksa mengambil perubatan kampung sehinggakan tiada pemantauan doktor. Ini disebabkan setiap rawatan memerlukan kos yang tinggi bagi meringankan nasib golongan yang menghidap penyakit ini. PEMAAF memohon bantuan orang ramai supaya dapat memberikan perhatian dan membantu insan yang tidak berkemampuan ini menjalani kehidupan sama seperti orang ramai dan menggayakan kehidupan sihat. Jom bantu saudara kita ini dengan menyumbang seikhlasnya bagi meringankan beban mereka. Sumbangan anda mungkin boleh menyelamatkan beberapa individu yang mengharapkan dari anda semua.



Dalam tradisi Islam, kusta atau lepra ini adalah salah satu penyakit yang cukup diwaspadai. Rasulullah SAW sendiri dalam sebuah hadis mengajarkan doa secara khusus untuk menghindari lepra atau kusta.


عن أنس – رضي الله عنه – : أنَّ النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يقول : “ اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ ، والجُنُونِ ، والجُذَامِ ، وَسَيِّيءِ الأسْقَامِ" . رواه أَبُو داود بإسناد صحيحٍ


Artinya: Diriwayatkan dari Anas -radliyallahu anhu- bahwa Nabi Muhammad salallahualaihi wasallam berdoa: “Ya Allah, aku berlindung padamu dari belang, gila, kusta dan penyakit-penyakit buruk.”

(Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad sahih)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 26, 2023

ILLI NADIA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat