Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM410 / 4.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kongsi Kasih People Food Yayasan Al Baghdadi Malaysia adalah sumbangan keperluan makanan asas dan keperluan lain kepada golongan B40, golongan gelandangan, warga asnaf dan mereka yang memerlukan. Ini salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Al Baghdadi Malaysia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan.

Memberi Makan Suatu Amalan Mulia
Amalan memberi makan adalah amat digalakkan terutamanya kepada mereka yang fakir miskin dan anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firmanNya:
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا
Maksudnya: "Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan." (Surah al-Insan: 8)

Di dalam hadis Nabi SAW, turut dijelaskan berkenaan keutamaan sedekah memberi makan ini. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam, ketika mana Nabi SAW sampai ke kota Madinah, Baginda SAW bersabda:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ
Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi 2485, Ibnu Majah 3251 dan Ahmad 5/451)

Sesungguhnya amalan memberi makan menunjukkan hilangnya rasa takut dan kefakiran, sehingga akhirnya menjadikan hati sesama umat Islam akan semakin dekat dan hubungan silaturrahim akan terjalin semakin kuat. Justeru, jelas bahawa amalan memberi makan ini sangat dianjurkan di dalam Islam dan sesungguhnya ia satu amalan yang mulia yang dijanjikan pahala. Alhamdulillah kita masih dapat menikmati makanan yang sedap bersama keluarga. Antara yang terpilih untuk mendapat bantuan ini adalah:
1. Ibu tunggal tanggung anak
2. Orang tua tiada penjaga
3. Anak yatim
4. Mereka kerja gaji hari
5. Mereka dibuang kerja
6. Gelandangan

Jom bersama kami dalam Kongsi Kasih People Food Yayasan Al Baghdadi Malaysia.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Yayasan Al Baghdadi, Tuan/Puan boleh melayari laman web www.yayasanalbaghdadi.org ataupun laman Facebook kami yayasanalbaghdadiofficial.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HJ MOHAMAD GANI DAN HJH JARIAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2023
SAYFUL ISLAM BIN MAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2023
HJH SRI ROHAYU BINTI MOHAMAD GANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 12, 2023