RUMAH KEBAJIKAN DARUL ISLAH LIL BANAT

Dimulakan pada Jun 10, 2023

INFAQ JARIAH PENYELENGGARAAN DAN KEMUDAHAN MADRASAH DARUL ISLAH RANTAU PANJANG KLANG

RM5,675 / 11.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

246 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq jariah bagi tujuan penyelenggaraan dan kemudahan asrama puteri (Pangajian Kitab) di Madrasah Rumah Kebajikan Darul Islah Rantau Panjang, Klang.


Madrasah Darul Islah Rantau Panjang, Klang merupakan cawangan pertama daripada Madrasah Darul Islah Lil Banat, Kg. Sg. Serdang, Kapar yang telah beroperasi sejak Januari 2011. Madrasah ini telah didaftarkan di bawah SSM atas nama Rumah Kebajikan Darul Islah Lil Banat dengan No pendaftaran SA 0188218-T dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dengan No Pendaftaran JLD.2 (010) BZH 0016 serta (JAI.Sel. BPI 03/05/083/13 Jld.14 (25) (5).



Madrasah ini telah diasaskan oleh Almarhumah Puan Hajah Siti Hasnah Bt. KH Ahmad Syuhod yang merupakan salah seorang waris Almarhum Tn. Guru KH. Ahmad Shuhod b. KH. Ehsan pengasas Pondok Darul Islah Sabak Bernam yang telah beroperasi sejak tahun 80-an lagi. Usaha ini seterusnya diamanahkan kepada waris beliau Ustazah Nurul Nadhirah Binti Masridzi dengan harapan aktiviti kebajikan dan keagamaan ini menjadi amal jariah yang berterusan.



Madrasah ini menjalankan program Kelas Pra-Tahfidz & Dinniyyah, Program Peralihan bagi remaja perempuan dengan silibus Pengajian Kitab, Latihan Kepimpinan, Bimbingan Kerohanian & Kemahiran serta pengajian secara berkomuniti bagi masyarakat setempat. Peluang ini terbuka kepada remaja perempuan dari golongan asnaf, anak yatim, Al-Riqab, muallaf dan yang seumpama dengannya, khusus bagi mereka yang benar-benar memerlukan bimbingan kerohanian dan tarbiyyah agama dalam menjalani realiti kehidupan seharian di zaman yang semakin mencabar ini.



Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan dan sumbangan dari segi kewangan mahupun peralatan agar dapat meringankan tanggungan kos pengurusan dan pembiayaan para pelajar, terutama yang datang dari golongan yang kurang berkemampuan seperti asnaf, anak yatim dan yang mempunyai masalah keluarga yang datang dari pelbagai daerah.


Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membiayai kos bagi membangunkan penempatan yang lebih selesa dan selamat termasuk kos pengurusan operasi dan keperluan peralatan yang mencukupi untuk membantu sesi pengajian serta program-program kesedaran Islam yang lainnya. Ini merupakan satu tanggungjawab yang amat besar untuk kita bersama-sama memikulnya.




Diharapkan agar mana-mana pihak termasuk pihak kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, pihak berwajib, ahli peniagaan dan orang perseorangan dapat mengambil perhatian dan memberi sokongan bagi menjayakan misi dan visi madrasah. Semoga hasrat dan matlamat madrasah untuk melahirkan generasi remaja dan masyarakat yang sihat dan selamat dari sebarang masalah sosial serta menjadi professional Islam yang berjaya di dunia dan akhirat. 


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 23, 2023

KAZA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Oct 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat