Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH
Dimulakan pada Jan 31, 2025
RM327 / 0.65 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Program sumbangan kewangan untuk membeli katil pesakit memberi peluang kepada orang ramai untuk membantu golongan yang memerlukan katil khas di rumah tetapi tidak mampu membelinya. Program ini bukan sahaja meringankan beban keluarga pesakit, malah memberikan sokongan moral dan kebajikan yang sangat diperlukan.

"Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)

Akses kepada kesihatan dan perubatan merupakan satu keperluan bagi setiap individu. Namun begitu, ia tidak dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dek kerana kekangan kewangan.

Pesakit yang terlantar (bedridden) memerlukan beberapa peralatan khusus bagi membantu proses penyembuhan berlaku dengan sebaiknya. Dengan adanya bantuan katil pesakit, kerusi roda dan alatan bantuan kesihatan yang lain, ianya dapat meringankan tugas penjaga pesakit menguruskan keperluan pesakit seperti mandi, makan dan urusan solat pesakit.



Bagi setiap peralatan yang disumbangkan, pihak PKSJ akan menguruskannya mengunakan sistem wakaf. Sekiranya pesakit sudah sembuh, mereka akan memulangkan semula peralatan tersebut kepada pihak PKSJ agar ia dapat digunakan lagi oleh individu memerlukan yang lain. Insya-Allah, selagi mana bantuan ini dimanfaatkan; pahalanya akan terus mengalir kepada para penyumbang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 07, 2025
NUR FATIN NAZURAH REKEMIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025
NORZIMA BINTI KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2025