ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 26, 2024

INFAQ PERALATAN SOLAT UNTUK JEMAAH MASJID DI LUAR BANDAR

RM105 / 3.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom raih kesempatan beramal shalih di akhir bulan Rejab, dengan menanam pahala jariyah yang akan kita tuai di bulan Ramadan!


Dengan rasa syukur yang tidak terhingga, kita menyambut bulan suci Ramadhan yang tinggal kurang 50 hari lagi. Menyedari kepentingan memaksimumkan ibadah di bulan yang penuh barakah ini, kami mengajak anda semua untuk turut serta dalam menyiapkan masjid-masjid di luar kota agar menjadi tempat ibadat yang selesa untuk seluruh jemaah.



Di bulan Rejab yang mana Allah SWT memerintahkan kita beramal, marilah kita bersama-sama merangkul keberkatan dengan menyumbangkan pelbagai peralatan solat yang diperlukan seperti Al-Quran, kain sarong, telekung dan sejadah, serta alat pembersihan. Setiap sumbangan yang kita berikan bukan sahaja memberi keselesaan kepada jemaah masjid, malah menjadi amalan baik yang akan terus memberi ganjaran pahala setiap hari.




Anda boleh membantu menyediakan Al-Quran sebanyak RM33 yang akan menjadi panduan kepada para jemaah dalam menjalankan ibadah di bulan Ramadhan. Hasil sumbangan itu juga akan menyediakan kain sarong, menjadikan jemaah lebih tenang dan khusyuk dalam setiap sujud.



Sumbangan ini juga membantu menyediakan telekung, memastikan keselesaan bagi jemaah wanita yang ingin beribadah dengan khusyuk. serta sejadah dan pembersihan sebanyak RM1,166. Kami akan menyediakan karpet sejadah dan alat pembersihan yang berkualiti agar masjid sentiasa bersih dan selesa. Pakej bantuan token elektrik RM166 membantu meringankan beban elektrik masjid, memastikan pencahayaan dan keselesaan di seluruh bilik.



Setiap sumbangan yang anda berikan akan menjadi pelaburan pahala yang akan terus mengalir, membawa kegembiraan kepada setiap jemaah yang beribadat di masjid ini.



Semoga Allah menerima amal ibadah kita dan menjadikan bulan Rejab ini menyemai dan menanam benih-benih keberkatan yang akan kita tuai di bulan Ramadhan. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2024

ARIFFIN BIN ABDUL GHANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2024

Kempen Sumbangan Tamat