JAMBATAN HANCUR DI SUMATERA UTARA PERALATAN SANGAT DIBUTUHKAN

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
09 Dec, 2025
JAMBATAN HANCUR DI SUMATERA UTARA PERALATAN SANGAT DIBUTUHKAN
0.57%
RM143
/RM25,000
9
penyumbang
89
baki hari

Tentang Kempen

“Sedekah kecil kita hari ini mungkin adalah sebab seseorang terselamat esok.”
Bencana kali ini bukan banjir biasa. Air yang turun dari gunung membawa batu-batu besar, balak sebesar bas, dan lumpur pekat yang menghanyutkan apa sahaja di depan mata.Rumah dihentam kayu sepanj...
“Sedekah kecil kita hari ini mungkin adalah sebab seseorang terselamat esok.”


Bencana kali ini bukan banjir biasa. Air yang turun dari gunung membawa batu-batu besar, balak sebesar bas, dan lumpur pekat yang menghanyutkan apa sahaja di depan mata.


Rumah dihentam kayu sepanjang 10 meter. Sekolah ranap dalam sekelip mata dan lebih 100 jambatan hancur berkecai, membuatkan ribuan orang terputus hubungan, termasuk pasukan penyelamat.


Di sebuah jambatan di Sumatera Utara, jambatan itu bukan lagi jambatan, hanya tinggal besi bengkok dan serpihan kayu.



Untuk menyelamatkan orang di seberang, kami terpaksa menyeberang arus deras dengan bot getah, kadang-kadang menggunakan bot tarik tenaga tangan, mengangkut kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas, dan bekalan makanan.


Itu satu-satunya laluan yang menghubungkan dua kawasan besar. Setiap perjalanan adalah pertaruhan nyawa, tapi kami tidak boleh berhenti, kerana di seberang sana ada ribuan nyawa menunggu bantuan.


Lumpur Menelan Segalanya, Termasuk Harapan.



Sudah seminggu bencana berlaku, tetapi lebih 500 orang masih hilang. Banjir membawa lumpur dan pasir tebal sehingga menyukarkan pasukan mencari jasad yang tertimbus jauh di bawah runtuhan.


Keluarga menangis mencari yang tersayang, anak kecil memanggil nama ayahnya, dan warga kampung hanya mampu melihat rumah mereka hilang tanpa jejak.



Di tengah kehancuran ini, kami berusaha menghantar apa sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa, makanan untuk warga dan pekerja, tikar, kit kebersihan, lampu, tali dan perlatan untu menyebrang sungai, serta alat alat kecemasan lainnya.


Tetapi, akses yang terputus dan jambatan yang musnah membuatkan semuanya dua kali lebih sukar.


Berikan Sedekah Terbaik Anda Untuk Mereka



Dalam keadaan separah ini, tiada sedekah yang terlalu kecil, dan tiada bantuan yang tidak bermakna.


Sedekah anda hari ini adalah harapan seseorang untuk bertahan. Ia mungkin membeli sebotol air untuk seorang kanak-kanak atau menyalakan lampu di malam gelap, atau memastikan pasukan penyelamat dapat terus bekerja.


Kami tidak meminta banyak, kami hanya meminta anda menjadi sebahagian daripada usaha menyelamat nyawa ini.


Jika anda tidak mampu menderma, sebarlah kempen ini, kerana satu perkongsian mungkin membuka pintu rezeki orang lain untuk membantu.


“Sedekah kecil kita hari ini mungkin adalah sebab seseorang terselamat esok.”


Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 17, 2025
ROHAIZA BAHALDIN
Menyumbang sebanyak RM33.00
Dec 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2025

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN SEGERA UNTUK MANGSA TERPINGGIR DI ACEH TENGAH DAN BENER MERIAH
DANA EHSAN UNTUK MANGSA BANJIR BANDANG, ACEH, INDONESIA
AIR BERSIH UNTUK MANGSA BANJIR ACEH SUMATERA
AGIHAN KIT KEBERSIHAN UNTUK MANGSA BANJIR SUMATERA
RAYUAN SOKONGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN PASCA BANJIR SUMATERA