BANTUAN DANA PERJUANGAN PEMAAF

RM0 / 0.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

0 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukanya sendiri. Sumbangan anda dapat membantu menampung sebahagian kos operasi terutamanya dalam urusan penyelesaian aduan bagi membantu mereka.


Skuad PEMAAF yang terdiri daripada bekas-bekas pesalah penjara yang ingin berubah juga Berdaftar dan salah satu NGO yang sangat aktif dibiayai sepenuhnya melalui dana sendiri dan sokongan masyarakat sivil dan sektor swasta. Sukarelawan dan sumbangan dana awan membolehkan Skuad PEMAAF membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah, kurang bernasib baik dan warga emas.



Perlepasan Burung Kuant sebagai tanda pembebasan banduan yang akan dipulihkan.

PEMAAF juga berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan menjadi pemangkin kepada golongan yang memerlukan untuk bergerak ke hadapan dan mengubah taraf hidup yang lebih baik dan kembali memberi manfaat tersebut kepada masyarakat lain yang lebih memerlukan.


PEMAAF akan mengerakkan setiap orang yang di ambil daripada penjara setelah bebas akan ditempatkan serta dipulihkan untuk membantu masyarakat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah di mana mereka sendiri dengan rela hati ingin membantu dan Bersama-sama masyarakat luar supaya mereka sendiri yakin yang mereka boleh berubah. Marilah kita sama-sama membantu golongan ini supaya mendekati mereka yang ingin melakukan kerja-kerja amal di samping dapat mengurangkan penambahan anak-anak muda daripada terjebak masalah penagihan dadah yang semakin berleluasa sekarang ini. Sumbangan anda dapat membantu menampung sebahagian kos operasi PEMAAF terutamanya dalam urusan penyelesaian aduan bagi membantu mereka yang dianiaya dan ditindas.



Mengapa sumbangan anda diperlukan?


PEMAAF hanyalah sebuah NGO yang kecil, yang asalnya hanya ingin berjuang untuk membela hak dan maruah mereka yang ingin berubah. Namun tanggungjawab ini, semakin hari semakin berat. Setiap bulan, PEMAAF menerima lebih 200 bekas pesalah penjara. Mereka datang kepada PEMAAF mengharapkan nasib mereka dibela. Namun sedih, ada juga mereka yang kami terpaksa tolak ke tepi kerana kekurangan sumber dan kebolehan untuk membantu.




Perjuangan Bersama Kami, Membantu Mereka Untuk Berubah


Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukanya sendiri. Kekuatan PEMAAF bermula dari sokongan anda. Perjuangan ini adalah perjuangan bersama. Sumbangan anda dapat membantu menampung sebahagian kos operasi PEMAAF terutamanya dalam urusan penyelesaian kebajikan bagi membantu mereka yang tiada tempat bergantung, ada di antaranya buntu memikirkan nasib mereka. Jadi, kami melaksanakan kempen kesedaran dan didikan kepada semua bekas pesalah penjara ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat