ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 25, 2022

SEDEKAH PERKHIDMATAN KESIHATAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TERJEJAS GEMPA INDONESIA

RM808 / 26.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

51 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gempa bumi bergegar, kesihatan pelajar terancam! Jom sokong perkhidmatan kesihatan percuma untuk mereka sambung belajar agama.


Kesihatan merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan kita sebagai manusia terutamanya bagi pelajar yang mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran. Kerana dengan tubuh badan yang sihat, inshaAllah aktiviti harian dapat dijalankan dengan baik terutama untuk pelajar mendalami ilmu agama.



Sebaliknya, keadaan menyayat hati berlaku kepada pelajar yang berada di kawasan Cianjur, Jawa Barat. Di mana pada 21 November 2022 kawasan ini telah digegarkan oleh gempa bumi bermagnitud 5.6 MAG. Dari 22 November 2022, terdapat 14 fasilitas pendidikan terjejas. Salah satunya adalah Madrasah At-Taqwa yang terletak di Desa Garogol, Desa Cibulakan, kecamatan Cugenang, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Indonesia.



Gempa bumi ini berdampak kepada kerosakan fasilitas seperti surau, bilik belajar, bilik pelajar, dapur, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malah bencana ini turut meragut nyawa 15 daripada 50 pelajar Madrasah At-Taqwa dan pelajar lain cedera (data kemas kini setakat 22 November 2022).



Selain itu, gempa bumi ini turut berdampak kepada Maahad Puan Izzudin yang terletak di Kampung Cikancana, Daerah Warungkondang, Cianjur. Ketika gempa bumi melanda, 30 pelajar sedang mengaji, namun daripada 30 orang ini, direkodkan 4 orang meninggal dan 26 lagi cedera termasuk isteri ketua maahad (data kemas kini setakat 22 November 2022).



Untuk terus menjaga kesihatan pelajar yang ditimpa musibah, marilah kita bersama-sama membantu mereka melalui sedekah yang akan diagihkan dalam bentuk perkhidmatan kesihatan percuma. InshaAllah, sedekah yang anda sumbangkan akan disalurkan kepada mereka yang ditimpa musibah di Indonesia.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2022

ELYNA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat