Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM400 / 10.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kami di PERKIM berazam untuk membimbing mualaf bukan sahaja dengan ilmu Fardu 'Ain, tetapi juga dengan ilmu Fardu Kifayah. Mualaf yang dibimbing oleh PERKIM Cawangan Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) adalah terdiri 40% berasal dari Sabah dan Sarawak, 50% kaum India dan selebihnya kaum Cina serta warga asing.
Bersangkutan dengan ibadah korban yang akan menjelang, kami merasakan ini masa yang sesuai untuk melatih Mualaf dengan teori dan latihan praktikal cara sembelihan cara halal iaitu program Kursus Zabiha (sembelihan secara halal). Pendedahan ini amat penting khususnya untuk Mualaf yang terpaksa balik ke rumah keluarga di pedalaman dan ketika perayaan agama keluarga mereka, mereka akan terdedah kepada makanan khususnya daging yang tidak disembelih cara halal.
Melalui kursus ini, Mualaf akan diwajibkan untuk menyembelih paling kurang seekor ayam, dan juga diajarkan cara untuk mengenali ayam yang telah disembelih secara halal atau secara tidak halal. Diharapkan juga selepas kursus ini setiap Mualaf mampu memastikan apa sahaja majlis di pihak keluarga mereka maka daging yang dihidangkan adalah secara halal.
Dana diperlukan untuk:
1) Membeli 40 ekor ayam hidup - untuk setiap Mualaf menyembelih paling kurang seekor ayam
2) 2 ekor kambing hidup
3) Kursus teori dan praktikal sembelihan
4) Melapah haiwan
5) Memasak dan mengagihkan daging yang telah dimasak ke rumah-rumah anak yatim dan kebajikan
Jurulatih kursus ini ialah Ustaz Eddyanto Sutirjo, mantan Imam 1 Masjid Bandar Tasik Puteri, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Hadith dan Fiqh. Salah seorang tukang sembelih ketika ibadah korban. Kursus akan diadakan di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang dengan sasaran peserta 40 orang Muallaf.
Oleh itu, ayuh tuan / puan bantulah kami untuk memastikan kelancaran program dan kursus yang dapat memberikan manfaat kepada para Mualaf. Semoga Allah memberikan kemurahan dan kemudahan rezeki kepada para penderma Sumbangan.com.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pada 12/7/2022 iaitu pada Hari Raya Haji yang ke 3, PERKIM BTP telah menyembelih seekor lembu dengan tunjuk cara-cara sembelih kepada muallaf yang hadir dan AJK PERKIM BTP.
Muallaf juga ditunjuk cara melapah dan mereka juga bantu memasak.
Sebelum korban ini, muallaf telah hadiri kelas khas korban dan akikah selama 5 kelas.
Terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbang.
Hanya Allah mampu membalas jasa anda.
Alhamdulillah, pada 19/6/2022 PERKIM BTP telah melaksanakan Latihan Asas Dakwah Islamiyah melibatkan para pendakwah Ahli PERKIM dan bukan ahli termasuk para muallaf. Antara topik disentuh ialah cara menangani atheisma dan murtad.
Insya Allah, sumbangan anda kepada PERKIM tidak sia-sia malah mungkin banyak pahala jariah kembali kepada anda, dengan izin Allah.
Ayuh tuan-tuan, kursus seterusnya kami ialah kursus sembelihan khas untuk Muallaf. PERKIM berikan semua bentuk ilmu untuk Muallaf, termasuk ilmu fardu kifayah. Ayuh tuan-tuan!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 17, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 10, 2022