PERSEDIAAN RAMADHAN MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK SAUDARA DI BUMI PALESTIN FASA 2

RM1,482 / 2.96 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

50 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman menjelang Ramadhan. Jom bantu saudara kita!


Saban hari, saudara kita yang berada di bumi Palestin berada dalam keadaan yang sangat berbahaya, Mana tidaknya mereka terdedah kepada bahaya di mana bila-bila sahaja bom ataupun serangan daripada puak zionis israel boleh mereka hadapi. Tidak banyak yang boleh kita lakukan di sini selain daripada menghantar bekalan makanan ataupun wang ringgit untuk keperluan membeli barang keperluan mereka di sana.



Oleh yang demikian, kami juga tidak mahu terkecuali untuk kita bersama dalam berusaha membantu saudara kita di bumi Palestin untuk mereka terus hidup dengan baik dan kekal bersemangat dalam memastikan bumi Palestin dapat dipelihara sebagai tanah wakaf umat Islam.

Pada kempen fasa 1 di mana jumlah kutipan yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM2,175 iaitu sebanyak 72.50% daripada sasaran kami iaitu sebanyak RM3000 dan pada fasa ke 2 kami berjaya mengumpul sejumlah RM3610 dan jumlah terkumpul setakat ini ialah RM5785. InshaAllah sumbangan ini akan kami salurkan kepada NGO Malaysia yang ada di sana untuk mereka menguruskan amanah kita ini semua untuk saudara kita di sana.


Penyediaan kurma bagi memudahkan rakyat Palestin mempunyai makanan dan dapat disimpan dalam tempoh masa yang lama

Sumbangan yang berterusan ini haruslah kita konsisten laksanakan kerana pada ketika ini, pihak Zionis terus membedil kawasan orang awam sehinggakan saban hari, jumlah yang meninggal dunia dan cedera terus meningkat. Biarlah dengan jihad kecil kita ini, ianya akan menjadi saksi di akhirat kelak yang kita tidak membiarkan saudara kita di Gaza bersendirian melawan musuh yang kejam tersebut.

Bukan hanya dengan kita memboikot sahaja, namun sumbangan dan bantuan berterusan kepada saudara kita di Palestine turut perlu dilaksanakan agar mereka dapat terus bertahan. Pembelian buah kurma dan juga makanan yang boleh tahan lama dan mudah untuk di makan akan menjadi keutamaan agar dalam apa juga situasi pun, saudara kita di Palestine masih boleh makan dengan tanpa perlu masak makanan tersebut.


Usaha pihak NGO untuk mengumpul lebih

Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Feb 23, 2024

Kempen Sumbangan Tamat