Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Feb 28, 2023
RM5,130 / 102.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
202 Penyumbang
Kempen Berjaya
Setelah berlabuhnya tirai Ramadhan, setiap Muslim seharusnya dapat merasai kesan dan hikmah yang sedia terhampar sepanjang bulan yang penuh keberkatan itu. Selain itu, Ramadan juga mengajar umat Islam akan peri pentingnya solidariti atau hubungan ukhuwah yang jitu antara sesama umat Islam terutama kesedaran dalam membantu golongan fakir miskin. Dengan erti kata lain, ibadat puasa mendidik setiap Muslim supaya turut sama merasai kelaparan dan kehausan yang akan memberikan satu pengalaman berharga kepada Muslim tersebut tentang betapa peritnya penderitaan yang terpaksa dialami oleh golongan fakir miskin yang belum tentu lagi terjamin makanan sehariannya.
Dalam mensyukuri datangnya bulan Syawal, PPIM bersama YBK berhasrat untuk melancarkan kempen Sumbangan Persiapan Aidilfitri khas untuk anak yatim dan golongan asnaf. Mana mungkin kami mampu bergembira di hari raya di saat beribu anak-anak yang dhaif tidak dapat merasai kegembiraan itu. Masih ramai juga asnaf yang masih menunggu bantuan yang dijanjikan tapi tidak dapat. Ada juga anak-anak yatim, tiada ibu bapa dan terpaksa tinggal dengan saudara dan atuk yang juga dhaif kehidupan mereka.
Tambahan pula, peristiwa penting seperti pembukaan sekolah, Ramadhan dan hari raya berlaku dalam tarikh yang agak dekat antara satu sama lain. Ini menyukarkan banyak keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyediakan semua persiapan sekaligus dengan baik dan sempurna. Bantuan ini mensasarkan keperluan dapur dan juga persiapan menyambut Aidilfitri seperti:
1. Biskut raya
2. Makanan raya
3. Telekung / kain pelikat / baju raya / wang tunai
Sumbangan akan diagihkan sebelum syawal. Pasukan kami akan bekerja sehingga ke malam raya untuk menyantuni asnaf-asnaf ini sambil membawa mesej Islam Itu indah dan mengajak lebih ramai orang untuk berbuat baik. Allah berfirman maksudnya:
"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu akan menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Taubah, ayat 103)
Jika kita tidak tergolong dari salah seorang penerima, maka bersyukurlah. Namun jangan lupa untuk menjadi pemberi supaya saudara lain juga dapat merasa.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM40.00
Apr 12, 2023