KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Nov 30, 2023

SERU RAKYAT MALAYSIA KUMPUL DANA HADAPI MUSIM BANJIR

RM385 / 12.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pada saat semua masih berduka mengenangkan nasib saudara kita di Palestin, isu banjir yang mulai melanda janganlah diketepikan. Ayuh kita siap siaga mengumpul bantuan musim banjir segera!


Dalam kita sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada saudara di Palestin, rakyat Malaysia di negeri-negeri Pantai Timur sudah harus diberi perhatian juga. Hujan yang berterusan sejak awal November sehingga ke hari ini boleh membawa kepada kenaikan paras air yang akan menyebabkan banjir teruk.



Ada juga kawasan-kawasan di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu yang rendah telah mula dinaiki air. Mereka juga terpaksa berpindah ke PPS sebagai langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri dan keluarga.



Dalam kalangan mereka ada yang mempunyai masalah kesihatan, warga emas dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan lebih cepat. Jadi, kita mestilah mengambil langkah dengan memberi bantuan yang lebih efektif dan diperlukan dengan kadar segera iaitu:


1. Makanan ready-to-eat

2. Jaket keselamatan

3. Ubat-ubatan

4. Lampu suluh

5. Keperluan - keperluan lain



Isu banjir ini kini sudah banyak dibicarakan di dada-dada akhbar dan media sosial berikutan musim hujan yang tidak henti-henti beberapa minggu kebelakangan ini. Usah kita berdiam diri lagi, bantuan harus segera dipersiapkan.



Kita perlu ambil iktibar dari peristiwa air naik pada tempat yang bukan kebiasaan sehingga penduduk setempat tidak mampu membuat apa-apa persediaan sehingga mengakibatkan harta benda musnah sekelip mata dan mereka juga terkandas tanpa bantuan. Ayuh bersama kami bersiap siaga memberi bantuan dengan menyumbang ke tabung ini demi keselamatan semua mangsa banjir.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 19, 2024

IZZA JAY

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 09, 2024

NUNEZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

GAIYETHRE MARIAPAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat