Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 31, 2024
RM350 / 11.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
22 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak kami melancarkan kempen dengan serendah RM10 ke dana perubatan para pelajar di maahad tahfiz kami di sini. Setiap sumbangan yang diberikan akan memberi harapan baru kepada mereka yang sedang berjuang untuk mendapatkan ilmu serta memastikan kondisi kesihatan mereka dalam keadaan baik dan sihat. Setiap sumbangan yang anda diberikan juga akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk memastikan keperluan perubatan mereka dipenuhi dengan segala kebaikan yang apa-apa anda berikan.
Kebelakangan ini, ramai pelajar kami diuji dengan masalah kesihatan yang memerlukan rawatan perubatan segera. Keadaan ini semakin mendesak kerana kekurangan bekalan ubatan. Pihak maahad mengajak saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT untuk menyumbang bagi membantu menanggung kos perubatan para pelajar tahfiz miskin di saat mereka diduga dengan masalah kesihatan.
Sabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri” (Hadis Riwayat al-Thabrani)
Marilah kita merebut peluang ini untuk menambah bekalan akhirat kita dengan berinfaq bagi keperluan perubatan anak-anak yatim dan asnaf. Hulurkanlah bantuan untuk memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, terima kasih kepada pada penyumbang yang bantu kami menyediakan ubat kepada adik Amzar yang merupakan salah seorang anak yatim di tahfiz ini.
Alhamdulillah, terima kasih kepada pada penyumbang yang bantu kami menyediakan ubat kepada adik Amzar yang merupakan salah seorang anak yatim di tahfiz ini.
Alhamdulillah, berkat sumbangan daripada tuan/ puan dapat kami bantu sediakan ubat-ubatan kepada anak asnaf ini.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 04, 2024