Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM160 / 5.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Innalillahi wainna ilaihi raajiun.
Sejak 7 Oktober lalu, dunia menyaksikan serangan pengganas di Gaza yang tidak berhenti. Lebih daripada 13,000 orang telah meninggal dunia, 30 ribu yang lain telah cedera, dan 1.5 juta orang telah dipindahkan dari rumah mereka.
Gaza yang pada asalnya adalah rumah selamat, kini menjadi runtuhan kemusnahan. Penduduk yang terselamat terpaksa mencari perlindungan di kawasan hospital dan sekolah PBB yang telah dikepung oleh keganasan. Keselamatan menjadi komoditi yang jarang berlaku, dan keperluan untuk peralatan perubatan dan ubat-ubatan kritikal di hospital dan pusat kesihatan semakin mendesak.
Hospital di Gaza sedang mengalami krisis yang teruk; bilik bedah penuh dan peralatan perubatan kritikal tidak berfungsi. Gangguan bekalan elektrik dan kekurangan bahan api untuk penjana telah memburukkan lagi keadaan. Walaupun Gaza berdepan dengan akses terhad kerana sekatan pihak tertentu, kita tidak boleh berdiam diri.
Asar Humanity menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada usaha kemanusiaan ini. Kita perlu menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan segera untuk menyokong mereka yang menderita di Gaza.
Setiap sumbangan anda adalah satu langkah kecil yang boleh membuat perubahan besar dalam menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada mereka yang terluka. Bersama-sama, kita boleh memberi harapan dan sokongan kepada mereka yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas sokongan anda dalam usaha ini. Marilah kita bersatu untuk menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan dan membantu mereka yang paling lemah di Gaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal, pasukan Asar Humanity berjaya menghantarkan bantuan perubatan, vitamin, dan peralatan kesihatan yang diperlukan oleh pesakit dan warga Gaza yang menempati rumah sakit di kawasan Deir Al Balah. Mereka terluka, dan menjadi lumpuh akibat dari kekejaman serangan Zionis Israel ke atas Gaza. Pengagihan ini tidak dapat dilakukan tanpa ridho dari Allah SWT dan bantuan anda. Barakallahu fiikum!
Penjajahan dan sekatan zionis terhadap saudara kita di Palestin masih berterusan, bahkan semakin luas ke wilayah Rafah yang semestinya menjadi zona hijau. Malah, tiada tempat selamat untuk saudara kita di Gaza. Kita mungkin tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan keganasan atau menamatkan sekatan yang menyeksakan Gaza, kita mempunyai kuasa untuk memberikan bantuan nyata kepada mereka yang memerlukan.
Semoga nikmat dan rezeki yang kita terima menjadi bukti dukungan kita terhadap perjuangan untuk mencapai kemerdekaan Palestina dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa. Aamiin Ya Mujibassailiin
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2023