KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Apr 14, 2023

PESAKIT KEGAGALAN FUNGSI BUAH PINGGANG PERLU BANTUAN SEGERA

RM25,010 / 100.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

1161 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Encik Adenan, seorang pesakit buah pinggang peringkat akhir memerlukan sumbangan perbelanjaan rawatan dan perubatan beliau. Ayuh, kita bantu!


Bagai jatuh ditimpa tangga. Begitulah ujian yang sedang dihadapi keluarga Encik Adenan bersama isteri dan seorang anaknya. Beliau adalah satu-satunya ketua keluarga namun telah mula hilang punca pendapatan setelah disahkan menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir.



Beliau mengetahui mengenai penyakit tersebut bermula tahun 2016. Encik Adenan dimasukkan ke wad ICU disebabkan oleh darah tinggi. Kali kedua, pihak hospital memberitahu air penuh dalam badan dan mula disahkan mempunyai penyakit buah pinggang dan sekarang perlu menjalani rawatan hemodialisis atau peritoneal dialisis untuk sepanjang hayat beliau.



KJKL turut bersimpati dengan keadaan Encik Adenan dan kami dengan ikhlas hati akan membantu meringankan beban keluarga beliau dengan sokongan anda semua. Memandangkan Hospital Kuala Lumpur dan hospital lain tiada kekosongan buat masa ini, pihak hospital mencadangkan agar pesakit menjalani rawatan dialisis ini di pusat dialisis swasta dan kos rawatan perlu ditanggung oleh majikan pesakit.



Kos rawatan dan hemodialisis dan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang dianggarkan pada RM2000-RM2500 sebulan. Manakala, kos rawatan Ambulatory Peritoneal Dialysis (APD) adalah sebanyak RM4000. Kos ubatan beliau pula adalah RM500 sebulan. Segala kos ini perlu ditanggung sendiri oleh beliau sedangkan beliau sudah tidak bekerja. Isteri beliau juga sudah tidak bekerja kerana terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suami yang sakit.



Kami berharap dengan sumbangan orang ramai ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga. Sebaik-baik harta adalah dari kepunyaan orang yang baik. Ini kerana, orang baik dan soleh saja yang dapat menguruskan hartanya mengikut acuan agama iaitu dengan bersedekah.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM157.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 24, 2023

Kempen Sumbangan Tamat