Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)
Dimulakan pada Apr 01, 2023
RM260 / 0.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum dan salam sejahtera seluruh rakyat Malaysia yang budiman.
Kami dari Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) ingin membantu di seluruh Malaysia, namun begitu kami tidak mampu buat tanpa bantuan anda semua. Kami memohon agar semua bersama kami membantu saudara kita yang memerlukan bantuan dan perhatian dari masyarakat.
Sebahagian besar pesakit HIV/ AIDS tidak memerlukan penjagaan atau rawatan rapi di hospital tetapi lebih banyak menghabiskan masa mereka bersama keluarga, komuniti mahupun masyarakat. Justeru itu, sokongan sosial adalah sangat penting bagi pesakit HIV / AIDS untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.Kefahaman, sokongan dan penjagaan yang diberi dapat menyedarkan pesakit bahawa masih ada yang mengambil berat mengenai mereka sekaligus memberi harapan serta semangat untuk mereka meneruskan kehidupan.
Masalah yang selalu dihadapi oleh mereka ialah disisihkan oleh ahli keluarga, rakan mahupun jiran tetangga.Terdapat juga pesakit yang diarahkan meninggalkan rumah keluarga kerana keluarga tidak sanggup dipulaukan oleh masyarakat. Pesakit HIV/ AIDS dihalang dari mendapat penjagaan dan rawatan yang sepatutnya. Mereka juga dihalang dari mendapatkan pendidikan atau menjalani kehidupan normal. Di tempat kerja, majikan memberi pelbagai alasan untuk memberhentikan mereka atau tidak membenarkan mereka bekerja.
Islam juga mengajar kita untuk tidak memandang hina kepada sesiapa sahaja. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis Mafhumnya: “Janganlah engkau menghina seorang pun.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi)
Para pesakit HIV/ AIDS ini amat memerlukan sokongan dan dukungan daripada para pemimpin masyarakat, para agamawan dan semua pihak dalam meneruskan kehidupan. Masyarakat juga perlu dididik untuk sentiasa menyantuni dan berkasih sayang terhadap golongan ini.Justeru, di samping kita memelihara diri dan keluarga, kita perlu membantu para pesakit HIV/AIDS untuk menjalani hidup secara lebih positif dan baik.Janganlah kita memandang hina antara satu sama lain kerana kita tidak mengetahui pengakhiran hidup kita.Sama-samalah kita meneruskan amalan amar ma’ruf nahi munkar dan beristiqamah menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim sebenar agar negara terus dirahmati, Insya-Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 06, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2023