Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT PRIHATIN KLUANG
Dimulakan pada Aug 31, 2023
RM1,950 / 3.90 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
63 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah Allah telah memberikan kita rezeki, kesihatan dan nikmat yang baik. Namun, bagi setengah orang yang dalam kalangan keluarga mereka sedang sakit, keadaanya jauh berbeza sama sekali dengan kita. Encik Mahbob Ismail yang hanya bekerja sebagai pegawai keselamatan kini diuji dengan cabaran yang lebih besar. Beliau disahkan menghidap kanser usus tahap 4 dan terpaksa berhenti kerja kesan dari sakitnya. Malah dalam saat-saat yang getir ini, beliau terpaksa menyara dua anak yang masih bersekolah. Isterinya yang sentiasa ada di sisinya, tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Encik Mahbob dan anak-anak.
Selain Encik Mahbob, kami juga berjumpa Puan Siti sekeluarga. Ujian berat buat Puan Siti kerana anaknya yang berusia 10 bulan telah menghadapi sakit usus sejak lahir.
Lebih menyentuh hati, Puan Siti sebenarnya adalah ibu OKU iaitu tidak dapat berjalan dengan sempurna. Beliau dan suaminya menjual jagung manis di rumah dan hantar ke rumah jiran dan beberapa kedai untuk membesarkan 9 orang anaknya. Ini termasuk membeli susu formulasi khas setiap bulan untuk anaknya yang sakit usus.
Kisah di atas hanya beberapa kisah saja yang sedang diuruskan oleh kami. Kebanyakan mereka terpaksa berusaha dan perjuangan sendirian untuk teruskan kehidupan. Cuba bayangkan tuan/puan, sekiranya mereka ini adalah anak atau saudara terdekat kita sendiri. Tidak sanggup untuk kita biarkan mereka hadapi ujian ini sendiri, tiada tempat bergantung, dan bersendirian.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ
"Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara jirannya kelaparan"
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2024
ZALEHANSHOMDARSULIAH ZAKARIAMOKHTARAMIRULDANIALDANISHWARDINAADAMNURAMINA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 12, 2024