YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada Dec 16, 2024

INFAQ UNTUK PENDIDIKAN PESANTREN QURAN

RM20 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh beramai-ramai, mari wujudkan harapan mereka untuk menjadi penghafaz al-Quran.


“Perumpamaan (nafkah yang dibelanjakan) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.” (QS. Al-Baqarah: 261).



Pondok Pesantren Zurriatul Maarif di Aceh Utara merupakan tempat di mana anak-anak dari berbagai latar belakang datang untuk mengejar impian mulia: menghafal Al-Quran. Di tengah-tengah keterbatasan, mereka sangat bersemangat untuk mendekatkan diri kepada Allah, menghafal Firman-Nya, dan menjadi generasi Al-Quran yang membawa rahmat kepada manusia.



Namun, perjuangan ini bukanlah mudah. Majoriti pelajar datang daripada keluarga kurang berkemampuan yang sukar untuk memenuhi keperluan asas sekalipun. Pondok pesantren juga menghadapi cabaran besar dalam menyediakan beras, keperluan paling asas untuk menyokong aktiviti pembelajaran mereka.



Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang memberi makan kepada mukmin yang kelaparan, Allah akan memberinya makanan dari buah-buahan syurga pada hari kiamat." (HR. Abu Dawud).


Cuba kita bayangkan, setiap butir beras yang anda sumbangkan menjadi tenaga kepada para pelajar untuk terus menghafaz Al-Quran. Bantuan anda bukan sahaja dapat meringankan beban mereka, malah turut menyumbang secara langsung untuk melahirkan generasi penghafaz Al-Quran yang bakal menjadi kebanggaan umat Islam.



Kami menjemput anda untuk membantu mereka. Dengan infaq atau sedekah anda, kami dapat menyediakan beras yang sangat diperlukan oleh pelajar ini. Setiap rupiah yang anda keluarkan adalah sedekah yang pahalanya akan terus mengalir, insyaAllah. Allah SWT berfirman:


"Kamu tidak akan mencapai kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai." (QS. Ali Imran: 92).


Ayuh beramai-ramai, mari wujudkan harapan mereka untuk menjadi penghafaz al-Quran. Bersama-sama kita membantu pondok pesantren ini melahirkan generasi penerus yang mencintai Al-Quran dan menjadi pembawa rahmat dunia. Jangan ragu untuk bersedekah hari ini. Semoga setiap sumbangan menjadi pembalasan untuk amal kebaikan anda dunia akhirat. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2024

SITI KHAMISAH BINTI MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 17, 2024

Kempen Sumbangan Tamat