INFAQ IFTAR RAMADHAN ANAK YATIM DAN MISKIN

RM1,659 / 2.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM65,000

78 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program Iftar Ramadhan PEWAMA bersama anak yatim dan miskin merupakan aktiviti tahunan PEWAMA yang penuh baraqah dan kasihsayang. Ayuh bersama kami menyantuni anak anak yatim sepanjang Ramadhan ini.

Program Iftar Ramadhan PEWAMA bersama anak yatim dan miskin ini merupakan aktiviti tahunan yang sangat kami dambarkan. Bulan yang penuh baraqah dan kasih sayang ini kami menyantuni anak anak yatim dan miskin dengan membantu menyalurkan sumbangan juadah Iftar yang berkhasiat kepada mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.



Program ini juga kami jadikan pentas untuk kita sama-sama mengambil peluang bersedeqah kepada mereka yang kekurangan ini. Sesusah mana kita, anak-anak kita masih merasai pelukan kasih sayang ibu bapa. Sedangkan mereka hanya sekadar mengharap seadanya.


Semoga kehadiran PEWAMA membawa bersama semangat kasih sayang penderma, dapat memberi sinar cahaya pengharapan kepada mereka. Agar dapat mereka rasai bahawasanya masih ramai yang peduli.




Untuk Ramadhan tahun 2022 ini, pihak PEWAMA mensasarkan seramai 200  orang  serta 5 buah rumah anak-anak yatim dan miskin sehari sepanjang Ramadhan, samada yang berada di rumah-rumah kebajikan yang telah kami kenal pasti atau pun keluarga keluarga daif yang perlu disantuni. Jumlah keseluruhan yang kami perlukan adalah sebanyak RM65,000.00.


Hal ini kerana, program ini akan berjalan pada setiap hari dan tidak tertakluk kepada rumah anak yatim semata tetapi sumbangan turut diberikan kepada golongan asnaf juga di sekitar Selangor mahupun Kuala Lumpur.



Di samping itu juga, program ini merupakan program serampang dua mata di mana di samping menyantuni anak anak yatim ini, ianya dapat memberi peluang kepada pengusaha pengusaha kecil wanita kami mencari rezeki sepanjang Ramadhan ini.




Ayuh bersama PEWAMA menyantuni anak anak yatim dan miskin ini dengan penuh kasih sayang agar bersedekah dan baraqah Ramadhan ini dirasai semua.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat