DANA BAIKPULIH DAN TANGGUNGAN KOS PERUBATAN WARGA EMAS AL FIKRAH

RM557,024 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM557,000

16462 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

KAMI DI AL-FIKRAH MEMERLUKAN DANA BAGI MENAMPUNG KOS PERUBATAN SERTA BAIK PULIH KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR YANG SUDAH ROSAK. AL-FIKRAH MEMPUNYAI 70 ORG PENGHUNI SETAKAT INI.


Pengerusi Puan Nurul Atikah Binti Haji Mohd Azmi kini meneraju pusat jagaan ini yang dahulunya diterajui oleh arwah ayahnya Tuan Haji Mohd Azmi Bin Mohd Zain.



Pusat Jagaan Al-Fikrah telah mula beroperasi pada tahun 2012 di tanah wakaf sebuah tanah di atas sebab peningkatan kes-kes terlantar warga emas yang membimbangkan. Pusat Jagaan Al Fikrah terpanggil untuk menerima tanggungjawab ini untuk menjaga kebajikan, menyediakan kemudahan tempat tinggal dan memberi sokongan moral bagi warga emas ini.


Kini penghuni di pusat jagaan ini melebihi 70 orang, lingkungan usia dari 24 tahun hingga 92 tahun. Ini termasuk warga emas, orang kurang upaya, warga emas yang terlantar tanpa waris, mualaf baru dan bekas pesakit hospital yang terbiar. 



Bayangkan ayahanda dan ibunda disini seperti ibubapa kita sendiri


Bila bercakap tentang warga emas, sudah tentu mereka ini mempunyai pelbagai penyakit seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, dan lain-lain. Setiap daripada mereka memerlukan jagaan yang rapi dan perlu dipantau 24 jam.



Antara penghuni yang terlantar dan perlukan jagaan rapi




Aktiviti penghuni pengajian Al-Quran


Selain daripada itu juga, kami menyediakan aktiviti-aktiviti ringan yang bersesuaian dengan mereka agar mereka tidak merasa kosong selain memberi mereka kekuatan untuk menjalani kehidupan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi kaunseling, kelas pengajian Al Quran, kelas feqah dan fardu ain, dan pelbagai lagi aktiviti lain. Namun usaha kami disini terhad.



Kami di Pusat Jagaan Al-Fikrah mempunyai tanggung yang sangat tinggi untuk menampung pembelanjaan keperluan penghuni disini dan mengekalkan pusat jagaan ini. Antara kos yang perlu kami tanggung adalah kos sewa dan utiliti, kos penyelenggaraan, kos makanan, kos peralatan perubatan, kos pengangkutan, dan pelbagai kos lain lagi yang kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.



Keadaan tempat penghuni yang perlukan baikpulih


Diantara usaha yang kami lakukan adalah dengan menjalankan Kempen Dana Baikpulih Dan Tanggungan Kos Perubatan Pusat Jagaan Al Fikrah agar orang ramai yang budiman diluar sana dapat menyalurkan sumbangan untuk membantukan dalam menjalankan tanggungjawab menjaga dan memberi perlindungan kepada penghuni disini.



JOM BERSAMA KAMI DALAM USAHA INI


Kami di Pusat Jagaan Al-Fikrah mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda untuk usaha kami ini membantu seramai mungkin golongan yang memerlukan bantuan kami. Dengan RM100 sebulan, InshaAllah akan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran oleh Allah SWT. Walaupun kecil nilai sumbangan tetapi cukup besar dan bermakna buat kami disini.


Kami Rindu, Kami Sayang,

Sudilah Bersama Kami,

Kami Mengalukan Kedatangan Anda.


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi Pusat Jagaan Al Fikrah, Puan Nurul Atikah di talian 013 2345692 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat, Lot 683, Jalan Sekolah, Kampung Sungai Sekamat Batu 12 ½ , Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.


Jom #BuatBaik! 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat