DANA BANTUAN PEMBELIAN RUMAH PERLINDUNGAN WARGA EMAS NUR EHSAN

RM752,347 / 100.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM752,000

24282 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Matlamat kempen ini bertujuan membeli bangunan sedia ada yang akan dijadikan rumah perlindungan bagi warga emas dan gelandangan yang tiada waris, Semoga para dermawan dapat membantu usaha kami ini.


Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Tiada seorang pemuda yang menghormati dan memuliakan seseorang yang tua usianya, melainkan Allah akan menentukan baginya orang lain yang akan menghormati kelak apabila ia pula mencapai usia tua. (Riwayat Al-imam At-Tirmidzi)



Penghuni-penghuni di Rumah Nur Ehsan mengikut asrama masing-masing.


Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor telah beroperasi sejak November 2008 dan sekarang lebih 70 orang dari kalangan warga emas, gelandangan serta muallaf lelaki dan wanita yang telah dirujuk oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), dan Unit Sosial Hospital.



Aktiviti penghuni disini diatur untuk memulihkan semangat mereka.


Rumah Kebajikan ini bertujuan untuk memberi penempatan dan perlindungan serta khidmat penjagaan dan rawatan kepada golongan-golongan ini terutama mereka yang tidak berwaris.



Penghuni menerima rawatan, motivasi dan penjagaan yang rapi.


Usaha Kami Tidak Terhenti Disini Sahaja


Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor sentiasa berusaha mencari inisiatif bagi membantu lebih ramai lagi insan-insan yang memerlukan tempat perlindungan ini. Kini Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor melancarkan kempen "Dana Bantuan Pembelian Rumah Perlindungan Warga Emas Nur Ehsan" bagi mengumpul dana untuk pembelian rumah sedia ada serta tanah yang bernilai 1.2 juta. Tujuan kempen ini juga adalah untuk mewujudkan Rumah Kekal supaya lebih ramai lagi insan-insan yang kurang bernasib baik di luar sana dapat di bantu.



Usaha ini juga dapat membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Unit Sosial Hospital Kerajaan serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor dalam membantu golongan-golongan ini mencari dan menyediakan tempat perlindungan agar kehidupan mereka lebih terjamin pada masa akan datang.



Selain itu, dengan kempen ini juga akan kami gunakan untuk pembelian prasarana dan kelengkapan yang lebih berkualiti untuk menambah lagi kemudahan yang masih tak cukup sekaligus memberi keselesaan buat mereka. 



Justeru itu, Pihak PKNENJ dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama dalam usaha ini bagi membantu lebih ramai mereka yang memerlukan pertolongan.



Mereka hilang tempat bergantung, hanya disini nasib mereka terjaga.


“Allah, Yang Maha Tinggi, berfirman, 'Belanjakanlah (pada kebaikan) wahai anak Adam, akan Aku belanja pula atasmu (ditambahkan).” (Bukhari & Muslim)


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan Encik Saiful di talian 013 7940350 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat : 1034, No, Lot. 3353 MLD, 3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200 Johor Bahru, Johor.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jan 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2024

ALIZAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat