DANA OPERASI RUMAH PERLINDUNGAN ANAK YATIM

RM26,174 / 26.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

1334 Penyumbang

62 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mencari dana bagi menampung kos operasi pusat jagaan amal asyura yang menjaga seramai 35 orang kanak yang kurang bernasib baik.


Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Amal Asyura ditubuhkan oleh Puan Hana pada tahun 2014 yang bertujuan untuk menjaga dan membela anak yatim, asnaf dan fakir miskin. Pertubuhan kebajikan ini memberi perlindungan kepada pembentukan semangat dan nilai murni supaya anak-anak ini dapat membesar dalam keadaan yang penuh dengan kasih sayang dan tidak merasakan mereka disisihkan daripada masyarakat.



MEREKA JUGA SEPERTI KANAK-KANAK LAIN


“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga.” (Riwayat Muslim, 2983)



INI RUMAH KAMI, INI SYURGA KAMI


Sudah 10 tahun rumah Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Amal Asyura ini telah menempatkan lebih 35 orang anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin yang mempunyai pelbagai latar belakang kehidupan. Setiap dari mereka mempunyai kisah silam yang ditinggalkan, dirundung kesusahan dan kesempitan hidup dan kematian ibu bapa namun di sini, mereka sudah selesa dan merasakan rumah ini adalah syurga mereka.



Kami yang sememangnya tiada pendapatan yang tetap. Ada rezeki lebih, maka mampulah kami untuk membayar kos operasi. Andai tiada rezeki, tertangguhlah bayaran rumah ini. Begitulah keadaan kami yang terumbang ambing dalam mendapatkan dana bagi meneruskan operasi rumah ini. Kami selama ini hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan dan perniagaan kecil kecilan menjual frozen food.




KAMI MAHU MEREKA TERUS DILINDUNGI DI RUMAH INI


Kami memerlukan bantuan anda untuk menampung kos operasi untuk mengekalkan rumah Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Amal Asyura. Nasib mereka tidak sebaik dan seindah kanak-kanak lain seusia mereka. Jadi ini adalah usaha kecil kami membekalkan segala kasih sayang melalui pembelian penuh mahligai kebahagiaan mereka secara tetap.



JOM BERSAMA KAMI DALAM USAHA INI


Bantu kami untuk menampung kos operasi untuk terus membekalkan perlindungan yang selesa yang mampu memberikan kebahagiaan kepada anak-anak ini dengan sumbangan ikhlas anda. Sumbangan walaupun serendah RM10 seminggu mampu membantu kami. Anak-anak ini berhak mendapat kebahagiaan yang sepatutnya mereka dapat di usia seperti mereka. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imran, ayat 92)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2024

HAMBAALLAH

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 28, 2024