PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Nov 28, 2024

TABUNG MAJLIS ILMU SRIKANDI

RM70 / 1.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu kami menyediakan majlis ilmu untuk pra muslimat seluruh Pahang. Jasa anda begitu berharga.


Kempen menyediakan keperluan majlis ilmu untuk muslimat seluruh Pahang. Pelbagai keperluan seperti dewan, ceramah, yuran penceramah serta segala bil. Ceramah melibatkan semua muslimat Pahang dan jadual ceramah dianggarkan pada bulan Mac. Harapan kami agar kempen ini mencapai target kerana majlis ilmu untuk muslimat jarang diadakan di Pahang. Semoga dengan bantuan semua dapat kami sediakan majlis ilmu yang amat diharapkan oleh muslimat Pahang.



Ketika ini, majlis ilmu muslimat hanya dijalankan di tapak premis sewa dan dewan sewaan sahaja. Dengan anggaran 50-100 orang, para muslimat dan jemputan ceramah kos sebanyak RM5,000 termasuk sewaan kerusi dan alat kelengkapan ceramah diperlukan bagi menjayakan sesuatu majlis ilmu muslimat.



Srikandi Jannah bergantung sepenuhnya daripada hasil sumbangan orang ramai untuk melakukan aktiviti ceramah dan majlis ilmu. Srikandi Jannah merancang untuk menyediakan kemudahan yang lebih selesa untuk para muslimat melakukan aktiviti ceramah.



Dengan menghadiri majlis ilmu para wanita dapat dibentuk untuk menghadapi hidup berumah tangga dengan lebih baik. Ada para ustazah yang dapat membantu wanita untuk sesi kaunseling dan sebagainya. Ustazah juga terdiri dari para ustazah yang bertauliah.



Srikandi Jannah sangat komited untuk mengubah keadaan di Malaysia yang banyak terjadi isu perceraian. Para wanita akan lebih bersedia untuk hadapi alam kehidupan berumah tangga. Ayuh bantu wanita Malaysia!

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

Dec 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat