Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Oct 08, 2025
RM26,737 / 5.35 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000
645 Penyumbang
44 Baki Hari
Lebih dua juta penduduk Gaza kini hidup dalam keadaan serba kekurangan akibat konflik yang berlarutan antara Palestin dan Israel. Setiap hari mereka berdepan ketidakstabilan, kekurangan makanan, ubat-ubatan yang terhad, serta sistem kesihatan yang hampir lumpuh.
KEADAAN DI GAZA MAKIN KRITIKAL!
Tiada Rumah! Tiada Perlindungan! Tiada Penjagaan!
Apa Yang Tinggal Untuk Mereka Teruskan Hidup?
FIGHT 4 GAZA!


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Muslim Care Malaysia Society (MCM) kini melancarkan kempen kutipan dana sebanyak RM500,000 bagi membantu rakyat Palestin. Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk menyediakan ubat-ubatan, susu dan lampin bayi, khemah, selimut serta keperluan asas lain. Insya-Allah, bantuan ini akan diuruskan oleh MCM dan diagihkan terus kepada rakyat Palestin.



Muslim Care Malaysia Society (MCM) adalah organisasi yang diyakini ramai dan sudah lama terlibat dalam usaha kemanusiaan di Palestin. Mereka mempunyai rekod yang jelas dalam menyalurkan bantuan kecemasan, menyediakan pendidikan, membekalkan sumber air bersih serta memastikan akses kesihatan asas kepada penduduk Palestin yang terjejas. Dengan pengalaman dan ketelusan yang ditunjukkan, setiap sumbangan yang diberikan insyaAllah akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Anda infak, kami salurkan…
Sumbangan para penderma yang cakna dengan rakyat P4l4stin telah Muslim Care Malaysia sampaikan.



Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sekiranya penduduk Syam telah dibinasakan, maka tidak ada kebaikan bagi kamu. (Kerana itu), akan sentiasa ada di antara umatku segolongan yang mendapat pertolongan. Sehingga hari kiamat, mereka ini tidak akan disakiti oleh orang-orang yang meninggalkan mereka.” (HR. Tirmidzi)

SUDAH MENJADI TANAH RATA! TIADA APA LAGI YANG TINGGAL UNTUK MEREKA.



Oleh itu, kami menyeru anda semua untuk bersama-sama dalam usaha ini. Walaupun hanya RM10, ia mampu menjadi sebahagian daripada sinar harapan buat saudara kita di Gaza. Hulurkan bantuan anda dengan menekan butang “Sumbang Sekarang” dan insyaAllah setiap sen yang anda salurkan akan menjadi bekalan di akhirat.
Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20).
Ayuh rakyat Malaysia, teruskan berdoa buat mereka, tunjukkan SOLIDARITI kita melalui TABUNG KECEMASAN PALESTIN bersama PPIM X MUSLIM CARE MALAYSIA.
WE STAND 4 GAZA
BANTU MEREKA!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 14, 2025