Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Sep 07, 2022

TABUNG PEDULI PAKISTAN BANJIR BERSAMA PPIM

RM60,025 / 100.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM60,000

1714 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Sayu hati melihat musibah yang menimpa saudara Pakistan kita. PPIM mengajak orang ramai untuk bersama menyumbang meringankan beban mereka. Ayuh kita menderma!


Allahuakbar, satu per tiga Pakistan ditenggelami banjir!


Assalamualaikum wbt. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi. Kami di PPIM dengan perasaan hiba merasa terpanggil untuk membantu saudara kita di Pakistan.


Perdana Menteri Shehbaz Sharif menyifatkan banjir itu "terburuk dalam sejarah Pakistan", sambil menambah ia akan menelan belanja sekurang-kurangnya AS $10 bilion untuk membaiki infrastruktur rosak di seluruh negara.





Hujan yang bermula pada bulan Jun telah menyebabkan banjir besar di seluruh negara dan menghanyutkan sebahagian besar tanaman penting dan merosakkan atau memusnahkan lebih sejuta rumah. Sekurang-kurangnya 57 orang maut, manakala 7,683 lagi cedera akibat banjir kilat di Pakistan yang dicetuskan hujan monsun dalam tempoh 24 jam lalu, menurut laporan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA).




Kira-kira 33 juta orang terjejas akibat banjir yang melanda wilayah Sindh, Balochistan, Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab. Setengah juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal berlindung di kem-kem perlindungan, hampir satu juta rumah mengalami kerosakan dan 700,000 ternakan hilang dalam banjir, menurut jurucakap pejabat penyelarasan kemanusiaan PBB Jens Laerke.



Harapan kami agar dengan bantuan ini serba sedikit dapatlah meringankan beban saudara kita di Pakistan. Hasil sumbangan dari kalian semua akan disalurkan dalam bentuk:


1.Pusat rawatan

2.Makanan yang siap dimasak

3.Kotak Makanan

4.Pakaian



Setiap Muslim itu adalah bersaudara, saling menyayangi antara satu sama lain. Islam sangat menekankan keperluan membantu sesama insan.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)


Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

AKHUKUM FILLAH MOHD EFFANDI

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 05, 2022

ZAHANIAH BAKAR

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat