TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR JOHOR MARCH 2023

RM2,663 / 53.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

88 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KITA RINGANKAN BEBANAN MANGSA-MANGSA BANJIR JOHOR DAN JUGA PARA PETUGAS SEKALIAN YANG DITIMPA MUSIBAH BENCANA BANJIR INI. WALAU DENGAN SEKECIL APAPUN BANTUAN, ALLAH PASTI MEMBALASNYA, AMIN.


Assalamualaikum wbt. Pada tanggal 1 Mac 2023 iaitu hari rabu, sekitar Negeri Johor dilanda oleh sebuah bencana alam iaitu bencana banjir yang berlaku pada hampir keseluruhan daerah-daerah yang berada di Johor. Ramalan Pusat Meteorologi dan Kajian Cuaca Malaysia menjangkakan berdasarkan laporan yang dikeluarkan, Negeri Johor dan beberapa negeri yang berhampiran akan mengalami taburan hujan yang lebat secara menyeluruh untuk jangka masa sehingga 3-4 Mac. 



Ekoran daripada bencana banjir yang melanda Negeri Johor secara mendadak dan dalam jangka waktu yang amat singkat dan pantas menyebabkan para masyarakat yang berada di kawasan terjejas tersebut akibat banjir tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Mengikut statistik yang dikeluarkan, lebih daripada 15000 orang penduduk yang ditempatkan di PPS.




Oleh yang demikian, Pihak Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat (KBPKK) dengan penuh rasa rendah diri mengajak anda bersama-sama dengan kami dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir beserta menghargai keringat para sukarelawan yang turun padang membantu mangsa banjir dengan jayanya. 





Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat."

(Hadith Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM60.00

Mar 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 12, 2023

Kempen Sumbangan Tamat