PERTUBUHAN AMAN MUSLIM MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 08, 2023

TABUNG BENCANA GEMPA TURKIYE DAN SYRIA PAMM

RM3,825 / 7.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

112 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Gempa yang telah meragut lebih dari 5000 nyawa sehingga kini dalam tempoh 48 jam. Jom bersama-sama PAMM membantu mereka yang telah kehilangan harta benda dan nyawa. Sumbangan anda sangat bermakna.


Suasana sedih dan takut masih menjadi trauma kepada rakyat Turkiye dan Syria yang telah terlibat di dalam bencana gempa yang melanda negara tersebut pada 6 Februari 2023 yang lalu. Jumlah korban yang dilaporkan kian meningkat kerana ramai mangsa yang masih hilang dan dikhuatiri tertimbus di dalam runtuhan banggunan akibat daripada gempa yang berlaku dengan skala yang kuat iaitu 7.8 skala richter.





Kerajaan Turkiye telah menyeru seluruh dunia membantu mereka dalam misi menyelamat dan sumbangan makanan dan sebagainya. Oleh itu, kami di PAMM menyeru dan merayu sumbangan ikhlas anda dengan menyumbang melalui Tabung Bencana Gempa Turkiye dan Syria. Sumbangan wang ringgit anda pasti dapat meringankan beban mereka yang kehilangan harta benda dan keluarga.




مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 23, 2023

NUR SYAHIRA BINTI AZMI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2023

NORASMAHANI SHAARI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 03, 2023

HASIF ALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat