DANA SUMBANGAN UNTUK MISI KEMANUSIAAN PRIHATIN HARUM

RM2,186

Telah terkumpul

188 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kutipan dana dijalankan adalah untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.


LATAR BELAKANG MISI KEMANUSIAAN PRIHATIN HARUM


Prihatin HaRum telah ditubuhkan hampir 10 tahun dan merupakan satu pertubuhan atau badan kebajikan yang pada asalnya dinamakan sebagai Tabung Kasih Nusantara. Pada awal penubuhan persatuan ini, mereka banyak turun padang menghulurkan bantuan kepada seluruh penduduk di kawasan Nusantara.


Tapi apabila berlakunya COVID-19, Prihatin HaRum mula memfokuskan untuk menghantar bantuan kepada rakyat Malaysia di mana ketika negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah Prihatin HaRum juga merupakan antara badan NGO yang terawal ‘keluar’ memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Disebabkan itu, maka timbullah inisiatif daripada Prihatin HaRum untuk meneruskan misi kemanusiaan bagi menghantar bantuan kepada masyarakat yang dalam kesusahan dari pelbagai aspek. Untuk makluman juga, konsep pertubuhan ini bukanlah memberikan sumbangan secara one-off semata-mata, namun kami lebih kepada memberikan bantuan untuk membantu masyarakat yang ingin mengubah nasib mereka sendiri sehingga keluar dari kesempitan hidup.



Bantuan yang diberikan untuk warga emas yang memerlukan


Rasulullah SAW bersabda :


"𝑆𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑎ℎ𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛, 𝑛𝑒𝑠𝑐𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖." 

(Hadis riwayat Al-Bukhari)



Bantuan keperluan persekolahan untuk anak-anak asnaf di kampung pedalaman


“Sebenarnya masih ramai lagi mereka di luar sana yang hidup dalam kesusahan. Tapi..


Tak ada yang ambil tahu dan sering dipandang sepi walaupun mereka dah berusaha untuk keluar dari kesempitan hidup mereka. Keperluan dana yang sangat diperlukan bukanlah untuk memberikan keuntungan kepada badan NGO yang melaksanakan tugas untuk membantu mereka yang dalam kesusahan ini. Sebaliknya ia adalah ikhlas untuk bantu mereka yang datang mengadu dan merintih untuk mendapatkan bantuan.



Bantuan membaik pulih bagi rumah-rumah yang terkesan akibat bencana alam


Percayalah, beribu laporan dan beribu kisah dari masyarakat datang meminta bantuan. Rata-rata mereka kebanyakannya bukanlah tak mahu untuk bantu diri mereka, tapi disebabkan status daif dan miskin itulah yang menjadi punca mereka kekal hidup dalam kesusahan.



Bantuan dihulurkan kepada anak-anak tahfiz


Jadi, bila terlampau banyak golongan asnaf, anak yatim, anak-anak tahfiz dan pelbagai golongan yang dalam kategori “susah” datang kepada kami, Prihatin HaRum melaksanakan inisiatif untuk membuka tabung bagi meringankan beban golongan-golongan ini.


Dana Bantuan Misi Kemanusiaan Untuk Bantu Lebih Ramai Golongan Asnaf


Malaysia sudah hampir mencapai taraf negara maju namun di sebalik pencapaian ini, masalah golongan asnaf semakin meningkat. Lembaga Zakat Selangor juga telah menjangkakan peningkatan golongan asnaf ini meningkat sekurang-kurangnya 500,000 asnaf dalam masa 7 tahun lagi.


Namun, bagi misi ini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana harga untuk pembelian dari segi keperluan asas, pendidikan, perubatan, membaik pulih fasiliti, pengangkutan dan sebagainya adalah berjumlah sebanyak RM200,000 bagi fasa pertama. Dana terkumpul akan diagihkan bagi tujuan berikut:


1. Pendidikan

2. Kebajikan sara hidup

3. Pembangunan dan usahawan

4. Latihan dan motivasi

5. Perubatan dan kaunseling

6. Bencana alam

7. Misi kemanusiaan antarabangsa



Bantuan kerusi roda kepada warga emas yang tak berdaya untuk bergerak dan bangun sendiri



Bantuan makanan kepada riders


Inilah bantuan yang pihak Prihatin HaRum perlukan bagi fasa pertama ini kerana kami sendiri tidak mampu menganggung kos yang tinggi ini. Impian kami adalah untuk membantu lebih ramai golongan yang betul-betul memerlukan bantuan ini terutamanya golongan anak yatim dan warga emas yang tiada kudrat untuk keluar mencari rezeki sendiri bahkan apabila bantuan-bantuan ini dapat disalurkan, mereka yang dalam kesusahan ini juga dapat mengeluarkan diri mereka dalam kesempitan hidup yang kekal.


Jom Bantu Usaha Prihatin HaRum


Justeru itu, pihak Prihatin HaRum dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada Tuan dan Puan yang budiman di luar sana untuk bersama bagi menghulurkan bantuan kepada tabung Prihatin HaRum ini bagi langkah kami untuk membantu saudara-saudara kita yang dalam kesusahan.


Insya-Allah, dengan sekecil RM50 sebulan secara berterusan daripada Tuan dan Puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Pertolongan Allah SWT akan sentiasa hadir bagi orang yang berusaha menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang berada dalam kesusahan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


"𝑆𝑒𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑠𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑀𝑢𝑘𝑚𝑖𝑛, 𝑝𝑎𝑠𝑡𝑖 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑎𝑡𝑢 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑠𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑑𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑘𝑖𝑎𝑚𝑎𝑡. 𝑆𝑒𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑖𝑛 𝑚𝑢𝑑𝑎ℎ, 𝑝𝑎𝑠𝑡𝑖 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑟𝑢𝑠𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑖 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑎𝑡." (Hadis riwayat Muslim)


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, Tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan pihak yang menguruskan kempen Misi Kemanusiaan Tabung Prihatin HARUM, admin, 013-6797115 .


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Feb 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat