Assalamualaikum wbt. Banyak golongan yang terjejas sepanjang tahun ini apabila Covid-19 melanda negara kita. Tidak semua orang bernasib baik dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan terpaksa bersusah-payah hanya untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarga. Terutama sekali, ibu hamil daripada golongan ini, kerana mereka memerlukan nutrisi susu dan makanan protein yang mencukupi untuk kandungan mereka.



Covid-19 sememangnya membawa banyak kesusahan kepada seluruh dunia dan negara kita dan penduduk berpendapatan rendah di komuniti Kg Madsiang, Kg Nosoob dan Kg Tanjung Aru lama menghadapi cabaran disebabkan kehilangan kerja dan pendapatan. Wang simpanan yang tidak banyak dan sudah digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keluarga mereka terjejas kerana keperluan asas pun tidak dapat dipenuhi. Situasi untuk Ibu hamil lagi teruk sebab tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk bayi yang sihat semasa pandemik Covid-19. Ini akan membawa kesan sampingan yang besar terhadap pertumbuhan dan kehidupan bayi tersebut untuk jangka panjang.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama bantu Ibu hamil B40. Kita bantu setakat yang mampu kerana ianya juga dapat memberi ketenangan emosi kepada ibu hamil. Jom , hulurkan bantuan kepada mereka pada saat yang susah.
Ikhlas daripada, PKPHS
Sesi edarkan susu ibu hamil di kampung Kepayan Lama diadakan hari ini. Seramai 10 orang ibu hamil dibantu.

Mohon para penyumbang, teruskan memberi sokongan terhadap kempen anjuran PKPHS ini agar dapat mencapai misi tersebut.
Ikhlas daripada,
PKPHS
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini