PROGRAM KHATAN SIHAT DAN MAKANAN BERKHASIAT FASA 1

Dimulakan pada:
04 Oct, 2022
PROGRAM KHATAN SIHAT DAN MAKANAN BERKHASIAT FASA 1
0.53%
RM185
/RM35,000
14
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Bismillahirrohmanirrohim, jom hadiahkan pengalaman berkhatan terbaik untuk pelajar Tahfiz Quran dan kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik dengan menyumbang kepada mereka.

Program berkhatan kepada pelajar Yatim Tahfiz Quran ini merupakan salah satu langkah untuk mempersiapkan generasi Islam pelapis yang mempunyai sifat prihatin terhadap orang lain serta pandai bersyukur dan berterima kasih atas kebaikan orang lain terhadap diri sendiri. Program ini merupakan perdana dan insya Allah akan terus berlanjut serta menjangkau masyarakat luas tidak terhad kepada pelajar Tahfiz Qur'an tetapi juga untuk mereka yang miskin dari segi ekonomi.

Semoga program berkhatan ini menjadi langkah awal untuk mengatasi gejala sosial dan semoga Allah Ta'ala memberkati usaha baik ini. Menurut hadis sahih, daripada Abu Hurairah. ra berkata: "Lima dari fitrah itu ialah berkhatan, istihdad (mencukur bulu kemaluan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mencukur misai."

Insya-Allah dalam fasa 1, diharapkan sekitar 100 kanak-kanak terdiri daripada anak yatim, penuntut hafazan Al-Quran dan kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik akan dikhatankan secara berkala. Mereka akan berkhatan menggunakan kemudahan terbaik, alat terbaik dan doktor/jururawat yang terbaik. Selain itu, mereka juga akan mendapat hadiah berupa Al-Quran, alatan solat, bungkusan makanan dan sebagainya.

Jom bantu anak-anak generasi Islam menjadi muslimah sejati dengan menyertai program Berkhatan Beramai-ramai 100 Anak Soleh. Sisihkan sebahagian harta kita untuk mereka, niatkan mengharapkan keredhaan dan pahala dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad ﷺ dalam Hadis riwayat Muslim “Apabila mati seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh”.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membalas Tuan/Puan dengan segala kebaikan yang melimpah ruah. Amin.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

28 Nov 2022

Bismillahirrohmanirrohim

Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah, selesai juga perlaksanaan Program Berkhatan Santri Tahfiz Quran dan Makanan Berkhasiat pada peringkat awal, walaupun terdapat halangan semasa berkhatan pelajar tetapi berjaya diatasi. Khatan dilaksanakan pada hari Ahad 3 Jamadilawal 1444 H / 27 November 2022 bertempat di Klinik Aisyah, Kota Lubuklinggau. Sebelum berkhatan, kami menjemput beberapa Santri Tahfiz Quran, baik yang bakal berkhatan, mahupun Santri Tahfiz Quran yang lain bermain di kawasan permainan Mall. Dan dalam masa yang sama merealisasikan program-program lain iaitu Program Membeli Pakaian Baru Pelajar Yatim dan Tahfiz Quran.

Berikut adalah siri aktiviti:

Gambar 1.1 Kawasan Permainan Kanak-Kanak

Gambar 1.2 : Bergambar bersama 6 Pelajar Tahfiz Quran selepas membeli pakaian baru

Gambar 1.3 : Selesai bermain dan membeli pakaian baru, Santri dan Wali Santri Tahfiz Quran makan bersama di kedai makan

Gambar 1.4 : Proses Berkhatan 2 Pelajar Tahfiz Quran

Terima kasih atas bantuan semua penderma, semoga ini menjadi amal jariah untuk kita semua. Aamiin Yaa Rabbal 'Alaamiin

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 28, 2022
AHLI NERAKA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 19, 2022
MOHD TAUFEK BIN ABD AZIM
MOHD TAUFEK BIN ABD AZIM
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 09, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

ZIARAH DAN SUMBANGAN SAHABAT OKU SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
Kempen Sumbangan Tamat