LEMBAGA PENDIDIKAN AL QUR'AN AL HUDA

Dimulakan pada Feb 14, 2023

PROGRAM RAMADHAN HILANGKAN LAPAR DAN DAHAGA PARA PELAJAR TAHFIZ QURAN SELEPAS PUASA

RM500 / 12.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

30 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU MENGHILANGKAN DAHAGA DAN MENCEGAH KELAPARAN PELAJAR TAHFIZ QURAN DENGAN MENYUMBANGKAN AIR MINUMAN DAN MAKANAN BERKHASIAT UNTUK MEREKA YANG MENUNTUT ILMU DAN IBADAH SAAT BULAN RAMADHAN.


Peluang amal yang baik untuk anda semua, melalui program sedekah makanan berkhasiat dan buah-buahan segar yang dikendalikan oleh LPQ Al Huda. Alhamdulillah telah mencapai lebih 710 nasi kotak dengan menu utama rendang daging, nasi padang, keropok/ kerepek, sambal, sayur-sayuran, kari dan buah segar seperti anggur, pisang, oren, longan, salak dan duku. Insyaallah program ini akan terus berjalan untuk mendekati lebih ramai pelajar Tahfiz Quran di kampung terpencil. Di atas semangat menyebarkan kebaikan, program sedekah makanan berkhasiat dan buah-buahan segar ini dirancang untuk terus dijalankan juga pada bulan Ramadan yang mulia ini sebagai menu utama berbuka puasa pelajar Tahfiz Quran nanti.


"Sesiapa yang memberi makan seorang mukmin sehingga kenyang, Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dapat dimasuki oleh orang lain." (HR. Thabrani)





Apabila berkunjung ke kampung terpencil, hampir semua pelajar Tahfiz Quran yang menuntut di institusi masih belum dapat merasai makanan berkhasiat dari restoran terkenal dengan kualiti rasa yang terbaik. Oleh sebab keadaan masyarakat kampung yang jauh dari makmur, makan daging biasanya hanya dirasai apabila ada majlis perkahwinan atau perayaan lain di kampung dengan menu daging ayam broiler. Jarang sekali anda menjumpai menu daging lembu atau kambing melainkan pemilik hajat adalah orang kaya.



Justeru, melalui program sedekah makanan berkhasiat dan buah-buahan segar ini, kami ingin berkongsi kebaikan bersama Tahfiz Quran di kampung terpencil. Dengan menyediakan makanan berkhasiat dan buah-buahan yang segar, insyaAllah hati anak-anak tahfiz akan lebih gembira. Makanan yang mereka makan akan menjadi tenaga untuk mereka belajar dan menghafal Al-Quran.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 19, 2023

MOHD AZHAR BIN MANSOR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat