PERTUBUHAN IHSAN MADANI

Dimulakan pada Jul 18, 2023

PAHALA JARIAH PADA SETIAP HURUF YANG DIBACA DALAM INFAQ AL QURAN

RM140 / 0.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Projek “Bacalah” merupakan usaha sama Pertubuhan Ihsan Madani bersama Tarbiyatul Nisa untuk membantu anak-anak asnaf di Sabah untuk mendapatkan akses kepada pendidikan Islam.


Rasa hiba menyelubungi jiwa apabila saya melihat Iqra dan Al-Quran yang sudah koyak, tapi ianya masih dibaca oleh 300 anak-anak asnaf yang dahagakan ilmu agama. Meskipun mereka belajar dalam keadaan yang serba kekurangan, semangat menuntut ilmu sentiasa tampak jelas di wajah mereka.



Bantu 300 Anak-Anak Asnaf Naskah Al-Quran dan Iqra




Projek “Bacalah” merupakan usaha sama Pertubuhan Ihsan Madani bersama Tarbiyatul Nisa untuk membantu anak-anak asnaf di Sabah untuk mendapatkan akses kepada pendidikan Islam. Fokus utama projek ini adalah sebagai usaha dakwah di pedalaman bagi membantu menyampaikan pendidikan Islam melalui kelas-kelas pengajian Al-Quran, Iqra dan Fardu Ain. Faktor kemiskinan dan kekangan kewangan merupakan faktor utama anak-anak asnaf di sini untuk mendapakatkan akses pendidikan Islam yang sebaiknya.



Keperluan semasa yang diperlukan:


1. Iqra 1-6

2. Buku Mari Sembahyang

3. Buku Asas Fardu Ain

4. Al-Quran Al-Karim Al-Mubarak

5. Muqaddam Uthmani

6. Kerusi dan Meja Plastik



Justeru dengan rendah hati, kami ingin mengajak para insan-insan yang permurah di luar sana untuk sama-sama kita menyokong dan membantu usaha murni ini. Lokasi sumbangan adalah di Madarasah Tarbiyatul Nisa, Kampung Contoh Kota Kinabalu. Jumlah pelajarnya seramai 300 orang. Justeru, dana yang diperlukan memakan kos RM20,000.00.



“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

(HR Muslim No:1631)



Semoga setiap patah huruf yang dibaca dan diulang-ulang menjadi pahala jariah yang sentisa mengalir kepada kita dalam membantu penuntut ilmu. Amin ya Rabb. Semoga usaha murni kita ini diberkati Allah SWT dan mendapat rahmatnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NORHADA BTE ABDUL MUTTALIB

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2023

NOR AZLIN NORDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat